|| Laman Utama || Asas Syariat Islam || Tulisan Ustaz || Belajar Bahasa Al-Quran || Artikel Pilihan || Audio || Derma ||


الدَّرْسُ السَّابِعَ عَشَرَ

Pelajaran Ketujuhbelas

الأَشْكَالُ = Bentuk-bentuk

Pada pelajaran ke-16, kita telah mempelajari warna, pada pelajaran kali ini, kita mempelajari bentuk-bentuk dari sesuatu. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:
(1)

مُرَبَّعٌ                   مُسْتَطِيْلٌ                مُسْتَدِيْرٌ

أُسْطُوَانِيٌّ               مُكَوَّرٌ                  بَيْضِيٌّ

هَرَمِيٌّ                  مَخْرُوْطٌ                مُكَعَّبٌ

مُثَلَّثٌ                   مُنْحَنٍ                  مُسْتَقِيْمٌ

(2)
مَا شَكْلُ الْمَنْدِيْلِ                            شَكْلُ الْمَنْدِيْلِ مُرَبَّعٌ
   Apakah bentuk sapu tangan      Bentuk sapu tangan segi empat

مَا شَكْلُ الْمَكْتَبِ                    شَكْلُهُ مُسْتَطِيْلٌ
      Apakah bentuk meja     Bentuknya segi panjang

Atau

الْمَكْتَبُ مُسْتَطِيْلٌ Meja itu segi panjang

مَا شَكْلُ الكُرَةِ                  شَكْلُهَا مُكَوَّرٌ  
Apakah bentuk bola         Bentuknya bulat  

Atau

الكُرَةُ مُكَوَّرَةٌ Bola itu bulat 

مَا شَكْلُ الصَّحْنِ                    شَكْلُهُ مُسْتَدِيْرٌ
Apakah bentuk pinggan       Bentuknya melingkar

Atau

الصَّحْنُ مُسْتَدِيْرٌ Pinggan itu melingkar

Perhatian:

  1. Sama seperti warna, bentuk dalam bahasa Arab juga mengenal muzakkar dan mu’annats. Apabila objek (benda atau orang) yang bersangkutan muzakkar, maka digunakan lafadz muzakkar. Begitu juga sebaliknya. Perhatikan sekali lagi contoh-contoh dalam nomer satu dan juga contoh di bawah ini:

الْمَكْتَبُ مُسْتَطِيْلٌ  (Benar )       الْمَكْتَبُ مُسْتَطِيْلَةٌ (Salah )
الكُرَةُ مُكَوَّرَةٌ (Benar )             الكُرَةُ مُكَوَّرٌ (Salah

  1. Objek (benda atau orang) yang muannats, apabila didahuli kata شَكْلُ  (bentuk), maka lafaz yang dipakai adalah muzakkar (bukan muannats). Contoh:

شَكْلُ الكُرَةِ مُكَوَّرٌ  (Benar )      شَكْلُ الكُرَةِ مُكَوَّرَةٌ (Salah