|
www.shiar-islam.com
ARTIKEL
PILIHAN :
Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah
Oleh Abdurrahman Haqqi, Akhbar Berita Minggu 1 April 2007,
ms 15
“SESUNGGUHNYA hak
Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya
Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan
wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di
sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta
apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan
Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)
Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama
dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan
Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi
kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.
Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima
kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut
dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.
Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud,
bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari
berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.
Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan
Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW.
Dalam hadis disebutkan maksudnya: “Belum sempurna iman seorang hamba Allah
sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum
cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum
cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan
sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat
at-Tabrani).
Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud:
“Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri
dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-Ahzab: 6)
Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait
dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia
membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan
pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah
kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit
dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali
kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam
al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang
Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya ‘tidak termasuk ke
dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang
daripada keturunannya’.
Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta
memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu
keturunan dengan keturunan lain.
Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah
sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya
pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap
terpelihara.
Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat
bermaksud: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu
ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah al-Ahzab: 33)
Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni
langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)
Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu
Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat
untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah yang
dimaksudkan dengan ‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian mengucapkan: Ya
Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ.
Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait)
Muhamad.
Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan
sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.
Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam macam orang yang aku mengutuk
kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan
permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan
ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu
dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang
yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang
menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang
meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).
Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda
adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau
dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan
mengambil hak mereka.
Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar
pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’
protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: “... anda akan dapat
melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan
kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’ (iaitu) pembinasaan golongan
bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan
menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.
Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat
fitrah itu kita membina golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai golongan
bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: “Orang
yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya)
adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan
mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan
(warisan) ini.
Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata
jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang
menjerut leher pekerja.” Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang
penulis beli.
Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang
kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam
hadis di atas.
Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan
Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala
menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak
membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan
memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat
manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang
benci ahlul-bait Rasulullah binasa.
“Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan
dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya
sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi
Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka
mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan
Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka,
terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai
geneological aristrocracy atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)
Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia
dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada
kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan
apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan)
mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih
mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura: 23).
Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak
minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian
itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku.”
Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian
kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.
Dimuatnaik pada:
Khamis 24 Rabiulawal 1428 H (12 April 2007)
>>>balik
|