|
Lailatul Qadr
Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya
pada malam Qadr.
Sudahkah kamu tahu, apakah malam
Qadar itu ? Malam Qadr itu lebih utama daripada seribu bulan. Turun Malaikat
dan Roh pada malam itu, dengan izin Tuhan mereka, untuk mengatur segala
urusan. Sejahteralah dia sehingga terbit fajar.": (Q.s.al-Qdr :1-5)
Allah s.w.t.telah menurunkan (ayat
yang pertama) dari al-Quran pada
malam Qadar yaitu malam kemuliaan
atau malam ketentuan.Allah s.w.t.
telah menganugerahkan satu kemuliaan
yang tertinggi (al-Quran)kepada
Nabi s.a.w.dan juga malam kemuliaan
itu telah diturunkan malaikat dan
jibril untuk mengatur segala urusan.Malam
itu juga disebut dengan malam penentuan,karena pada malam itu telah ditetapkan
suatu ketentuan apa yang perlu ditempuh oleh Nabi s.a.w.
Nilai malam itu begitu tinggi sehingga
melebihi daripada seribu
bulan.Berbahagialah sesiapa yang
memperoleh malam yang mulia dan penuh kelebihan itu. Malam yang mulia itu
juga disebut dengan malam yang dipenuhi keberkatan (Q.s.Addukhan:3).
Oleh itu marilah kita usahakan bersungguh-sungguh
melipat gandakan ibadah kita semasa bulan Ramdhan, terutama sekali sepuluh
hari yang terakhir pada bulan Ramadhan supaya kita dapat memperoleh anugerah
yang paling istimewa yang melebihi seribu bulan.
Alangkah beruntungnya mereka yang
dapat menghidupkan malam Ramadhan dengan menunaikan Ibadah solat, berzikir,
mengaji al-Quran mendengar hal-hal yang berguna, mengulang kaji berkenaan
Puasa, Solat, Zakat fitrah dan berbagai Ilmu Pengetahuan yang boleh merapatkan
hubungan kita dengan Allah s.w.t.dan dengan sesama manusia.
Mereka yang beriman akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh
menghidupkan malam Ramadhan dengan
solat traweh, berzikir, mengaji
al-Quran, mempelajari Ilmu Pengetahuan
yang berguna terutama sekali
berkenaan ibadah Puasa, dengan
demikian dapatlah ia menunaikan ibadah puasa Ramadhan dengan baik dan diterima
Allah Ibadahnya itu serta mendapat balasan yang berlipat ganda melebihi
seribu bulan.
Semoga keselamatan yang diperoleh
hingga terbitnya fajar, amin.
Insya Allah kita diketemukan Allah
kembali. |