WARKAH DARI WASHINGTON D.C. (Bah. 1)

Oleh Syed Hasan Alatas

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu'alaikum w.b.,

Alhamdulillah ketika ini aku telah berada di Washington D.C. Ibu kota pusat kegiatan Pemerintahan U.S.A. Kotanya indah dan bersih dengan jalan-jalan yang luas dan menarik. Disana-sini terutama di-taman-taman di tengah-tengah kota ramai mendapat kunjungan penduduknya yang sedang menikmati musim bunga. Sinar matahari  cerah. Ramai diantara mereka ada yang duduk-duduk sambil menikmati alam sekitar, ramai pula diantara mereka yang ashik berjemur di panas matahari, mungkin mereka melepaska rasa rindu nya kepada sinar sang suriya yang lama menyembunyikan dirinya dimusim sejuk.

Ketika aku mengunjungi bangunan Mara satu-satunya tempat Bumi Putra 
bernaung untuk memajukan diri mereka, baik dalam bidang pelajaran ataupun dalam bidang perniagaan. Ditempat itu aku bertemu dengan seorang teman baru, namanya Syed Omar Alsagoff. Beliau mengajak aku ke rumahnya, yang letaknya jauh diluar kota. Kami menuju keluar kota. Rumah Syed Omar Alsagoff, sederhana terletak diatas tanah seluas hampir tiga suku ekar. Sungguh nyaman keadaan di sekitar, pohon-pohonan yang rindang,
udaranya yang sejuk dan nyaman mengingatkan aku ke tanah air di Bukit Fraser.

Sesampainya aku dirumah, Syed Omar memperkenalkan aku dengan isterinya bernama Puan Halimah Mokhtar, yang dengan ramah tamah mempersilakan ke rumahnya yang indah dan tersusun rapi. Oleh karena matahari telah terbenam malam hari pun mulai gelap tuan rumah menawarkan aku bermalam dirumahnya. Aku merasa serba tak kena, karena aku tidak membawa apa-apa pakaian untuk bermalam. Tuan rumah menyadarinya dan menawarkan aku tuala dan kain sarung. 

Oleh karena jarak rumah dan tempat aku menginap di  London memakan masa yang lama dan letaknya agak jauh aku tidak sampai hati untuk meminta tuan rumah menghantar aku dimalam yang gelap gulita itu, maka kuterima saja tawaran untuk bermalam dirumahnya dengan segala senang hati dan mengucapkan terima kasih. 

Dalam perbualan kami aku merasa kagum mengetahui kedua pasangan suami isteri itu adalah telah mencatatkan sejarah, karena mereka telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat milik penuh bumi putra yang pertama di Amirika Syarikat. Syarikat pelancongan yang ditubuhkan itu bernama Travelinks Inc. (TI). Kedua mereka telah menetap di USA selama 20 tahun, selepas melanjutkan pelajaran mereka bagi mendapatkan ijazah sarjana dibidang pentadbiran awam dan pengurusan perniagaan.

Travelinks telah diresmikan oleh Duta Malaysia ke Amirika Syarikat, ketika itu Datuk Abdul Majid Mohamed pada 10 Oktober '94. Sudah pada tempatnya kita merasa turut bergembira atas kejayaan mereka dan turut membantu supaya perusahaan bumi putra ini mencapai kejayaan yang berarti nama bumi putra ikut mendapat tempat yang baik di USA dikalangan masyarakat matsaleh (orang putih). Jika anda ingin berhubungan dengan pengusaha Melayu atau Bumi Putra 100 % yang menyediakan khidmat:

Penempahan tiket kapal terbang
Hotel
Kereta Sewa

dan berbagai layanan lainnya yang anda perlukan, sila berhubungan langsung dengan alamat :

TRAVELINKS, INC
818, 18th Street, N. W. Suite 245
WASHINGTON, D.C. 20006

Travel agen ini terletak berdekatan dengan Bank Dunia, International
Monetary Fund, the White House, dan mudah dihubungi dengan berbagai kenderaan yang ada disekitarnya

ataupun:

Email:Travelinks@aol.com

Tel No. (202) 293 -7090
Fax No. (202) 775 -2771

Akhirnya saya turut mendoakan usaha Bumi Putra Melayu ini akan mencapai kejayaan di negeri orang. Amin. 

Insya Allah kita akan sambung lagi dilain waktu.