|
(Muqaddimah) Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum w.w, Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menghendaki supaya dihapuskan kekotoran (dosa) daripada kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya." (al-Quran s.al-Ahzab:33) Ahlul Baiyt ialah keluarga Nabi s.a.w.yang sangat rapat dengan beliau. Diriwayatkan oleh ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. Rasulallah s.a.w. berada di rumahnya sedang tidur dengan memakai kain selimut. Apabila Fatimah anakanda Nabi s.a.w. membawakan untuk ayahandanya semangkuk Khazirah. Rasulallah s.a.w. bersabda kepada anakandanya Fatimah, "Panggillah suamimu dan kedua-adua anakmu Hasan dan Husain". Fatimahpun memanggil mereka semua. Ketika mereka sedang duduk dan makan
bersama Rasulallah s.a.w. maka turunlah ayat yang tersebut di atas. Ketika
itu Rasulallah s.a.w.
Nabi s.a.w.mengulangi do'a ini sebanyak tiga kali. Berkata Ummu Salamah, "Aku masukkan kepalaku dalam penutup itu, Nabi s.a.w. menarik selimut itu sambil bersabda, "Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan", diulangi sehingga dua kali. (H.S.riwayat Thabrani dari Ummu Salamah) Al-Fakhrul Razi menyebutkan dalam
tafsir al-Kabir bahawa selepas
"Suruhlah ahli keluargamu sholat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya" (al-Quran s.Thaha:132). Dalam hadis Nabi s.a.w. riwayat Hamad bin Salamah daripada Ali bin Zaid daripada Anas r.a.Rasulallah s.a.w setelah turunya ayat tersebut di atas, maka Rasulallah s.a.w. ketika melewati rumah Ali dan Fatimah, maka Rasulallah s.a.w.senantiasa menyeru mereka (keluarganya) untuk menunaikan sholat sambil membawakan ayat yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menghendaki supaya menghapuskan kekotoran dari kamu, hai ahlulbaiyt dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya." al-Quranulkarim) Pernah terjadi suatu peristiwa,
betapa tinggi sifat pengorbanan
"Mereka memberikan makanan yang
sangat mereka perlukan, kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan, sesungguhnya
kami berikan karena Allah, dan tidaklah tidak mengharapkan balasan ataupun
ucapan syukur".
Inilah sebahagian dari akhlak pengorbanan
dari keluarga Rasulallah s.a.w. yang rapat sekali dengan baginda. Demikian
pula Saidatuna Fatimah Azzahra meskipun beliau anak Nabi s.a.w. yang amat
disayangi oleh ayahandanya, tetapi tangannya telah pecah-pecah karena menimba
air dan mengisar gandum. Pernah beliau disarankan supaya meminta kepada
ayahandanya seorang pembantu wanita untuk membantunya di rumah. Meskipun
demikian
Pernah terjadi suatu peristiwa dimana seorang tua sedang mengambil air udhu, hal ini diperhatikan oleh kedua-dua cucunda Nabi s.a.w. Hasan dan Husain. Cara kedua orang tua itu mengambil udhu tidak sempurna. Hal ini perlu dibetulkan, akan tetapi bagaimana mau membetulkan seorang tua yang perlu dihormati. Kedua-dua anak yang bijak dan mempunyai
akhlak yang mulia ini, telah berpura-pura bertengkar dan saling menyalahkan
cara mengambil air udhu.
Orang tua itu merasa heran karena melihat kedua-dua cucunda Nabi s.a.w.begitu rapi cara mengambil air wudhunya, sehingga ia terasa, mungkin dirinya sendiri yang tak betul mengambil air udhu. Ketika orang tua itu bertanya siapa kedua-dua budak bijak ini, ternyata mereka adalah cucunda Nabi s.a.w. yang amat-amat dikasihi Nabi dan mendapat didikan langsung dari Nabi s.a.w. dalam banyak hal yang berguna.
|
