Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas
Dalam lawatan Imam Syafi'i
ke Iraq beliau menjelajah banyak tempat. Dari
Bagdad,beliau menuju Iraq
Selatan,Anatolia (Asia Kecil) dan Haran.Dari
situ Imam Syafi'i pergi
ke beberapa negara Syam dan kemudian kembali ke
Makkah menziarahi ibundanya.Dua
tahun kemudian Imam Syafi'i berangkat ke
Madinah dengan memiliki
Ilmu pengetahuan yang luas.Sesampainya beliau di
Madinah Imam Syafi'i menuju
masjid al-Haram Annabawi (masjid Nabi
s.a.w.)beliau menziarahi
kuburan suci Nabi s.a.w.dan turut hadir dalam
majlis ta'lim Imam Malik
(guru Imam Syafi'i).Ketika itu Imam Malik
sedang memberi pelajaran
kepada murid-murid beliau yang memenuhi majlis
Ilmu.Setelah itu Imam Malik
mengajukan pertanyaan-pertanyaan untuk
menguji sampai dimana Ilmu
yang telah mereka
kuasai.Pertanyaan-pertanyaan
yang diajukan oleh Imam Malik agak susah
mereka menjawabnya.Tetapi
Imam Syafi'i membisikkan jawabannya kepada
orang yang duduk disebelah
beliau.
Begitulah setelah diajukan
pertanyaan-pertanyaan hanya
lelaki yang dibisiki Imam Syafi'i itu
sahaja yang dapat menjawabnya.Lalu
Imam Malik memanggil lelaki itu,dan
bertanyakan kepadanya dari
mana dia memeroleh jawaban yang tepat
itu.Orang itu menjawab,bahwa
jawaban itu diperolehnya dari seorang anak
muda yang duduk disebelahnya.Imam
Malik memanggil anak muda itu,ternyata
anak muda itu adalah Asy-Syafi'i.Alangkah
gembiranya Imam Malik melihat
Imam Syafi'i,lalu Imam Malik
turun dari korsinya dan memeluk Syafi'i dan
berkata kepada Syafi'i:"Sempurnakanlah
olehmu bab ini."
Imam Malik merasa puas hati
mendengar uraian yang disampaikan oleh Imam
Syafi'i.
Setelah usai pelajaran,maka
Imam Malik mengajak Imam Syafi'i
kerumahnya.Imam Syafi'i
mengabarkan segala pengalamannya dalam menuntut
Ilmu Pengetahuan,selama
masa perpisahan dengan Imam Malik.Syaf'i juga
bercerita kepada gurunya
Imam Malik betapa beliau sangat mengagumi Imam
Abu Hanifah Annu'man,dan
beliau telah membaca fiqh Abu Hanifah melalui
dua orang murid Abu Hanifah
yaitu Abu Yusuf dan Muhammad Al-Hasan.Pernah
Imam Abu Hanifah diserang
dengan tuduhan bahwa beliau kurang menguasai
Ilmu Hadis.Imam Syafi'i
membela Imam Abu Hanifah dan menempatkan Imam
Abu Hanifah ditempat yang
mulia,dan berkata:"Peranan Abu Hanifah dalam
bidang figh amat luas dan
semua orang tidak dapat melepaskan diri dari
peranan Abu Hanifah."
Imam Syaafi'i menetap di
Madinah sebagai murid Imam Malik sejak
pertemuan itu (thn 170 H.sehingga
Imam Malik wafat pada tahun 179 H.)
Ketika itu Imam Syafi'i
telah mencapai usia dua puluh sembilan
tahun.Ketika gurunya meninggal
dunia Imam Syafi'i amat bersedih hati,dan
beliau sering mencucurkan
air mata kesedihan mengenang jasa gurunya
kepadanya.Tidak lama kemudian
setelah itu Imam Syafi'i kembali ke Makkah
dan meninggalkan Madinah
dengan kenangan manis bersama gurunya Imam
Malik bin Anas r.a.