|
MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH Oleh:
Ustaz Syed Hasan Alatas Hijrah mengandung Hikmah yang besar sekali kepada perkembangan Islam yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w. Hijrahnya Nabi s .a.w. ke Yathrib (Madinah) telah berjaya menyatupadukan segenap kekuatan yang ada. Rasulallah s.a.w. telah berjaya mendamaikan antara kaum Aus dan Khazraj yang sebelumnya saling bermusuhan beratus tahun lamanya.
Nabi
s.a.w.telah berjaya menyatupadukan kekuatan ummat Islam
antara Muhajirin dan Ansaar
dengan cara mempersaudarakan antara mareka satu dengan lainnya. Hijrah juga
telah berjaya menyatupadukan semua kekuatan yang ada diantara kaum dan agama
di Madinah. Nabi s.a.w. telah berjaya melahirkan Piagam Madinah dimana semua
kaum dan Agama dibawah pimpinan Nabi s.a.w. berjajanji bekerjasama
mempertahankan Negara Madinah dari serangan musuh. Semua kaum dan agama
bebas melaksanakan ajaran agama masing-masing.
Setelah itu
Islam terus berkembang luas ke Makkah tempat kelahiran nya, dan kemudian
meluas keseluruh tanah Arab dan keseluruh dunia. Dakwah
akan mencapai kejayaan dan Islam akan diterima dengan baik asalkan kita
dapat membuktikan bahwa mereka yang beragama Islam adalah Ummat yang dapat
dijadikan contoh teladan ya ng baik dalam segala hal.
Allah
berfirman yang maksudnya:
"Kamulah sebaik-baik Ummat, dilahirkan bagi manusia, menyuruh yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta beriman kepada Allah." (al-Quranul karim)
Tugas Dakwah
adalah tugas seluruh Ummat Islam, mengikut
kemammpuan masing-masing.
Mereka yang mempunyai Ilmu sampaikanlah
Ilmu itu. Mereka yang mempunyai harta, sumbangkalah sebahagian harta
kita itu untuk Islam, demikian pula mereka yang memiliki tenaga
sumbangkanlah tenaga kita untuk Syiar Islam.
Hijrah telah
menunjukkan bahwa berkat kerjasama dan pengorbanan yang diberikan oleh ummat
Islam ketika itu, maka segala kesulitan telah dapat diatasi bersama, dan
ummat Islam menjadi Ummat yang terbilang.
Segala
peristiwa penting dalam peristiwa Hijrah itu, dapat kita jadikan contoh
teladan dalam memperbaiki keadaan ummat Islam dimasa kini dan akan datang,
sehingga kita menjadi Ummat Contoh bagi seluruh Ummat manusia dimasa yang
akan datang, Insya Allah. Untuk itu perlulah ada kerjasama dari semua
pihak, dan kerja keras yang berterusan, hingga menjadi kenyataan.
Dimuatnaik pada: Jumaat 20 Zulhijjah 1426 (20 Januari 2006) |
|
|