|
ISLAM MENGAKUI KEBEBASAN BERAGAMA Oleh:
Ustaz Syed Hasan Alatas Sungguhpun menjadi kewajiban bagi ummat Islam menyeru manusia ke jalan Allah, jalan yang benar, ummat Islam dilarang memaksa orang lain memeluk Islam, Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama Islam (yakni untuk memeluknya), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kekufuran)……(al-Quran s. al-Baqarah: 256) Allah s.w.t. menyeru ummat manusia yang berbilang kaum dan agama supaya saling berkenal-kenalan satu dengan lainnya, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Ummat manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain.) Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu (bukan karena keturunan ataupun bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan Maha mendalam PengetahuanNya.” (al-Quran s.al Hujurat : 13
Dimuatnaik pada: Rabu 9 Muharram 1427 (8 Februari 2006) |
|
|