SELAMAT DATANG RAMADHAN

Ustaz Syed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com

 Kita sambut ketibaan bulan Ramadhan dengan hati penuh kegembiraan. Ramadhan tetamu agung Ummat Islam. Ramadhan bulan suci dan mensucikan mereka yang beriman menjadi orang yang bertaqwa yang membuktikan ketaatan dalam pemenuhan perintah Allah s.w.t. Ramadhan suatu bulan untuk merubah diri  menjadi Insan yang baik rohani dan jasmani. Semua itu akan diperoleh bila kita laksanakan segala perintah Allah s.w.t. dengan ikhlas dan penuh kesabaran.  

Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku, dan Ramadhan bulan ummatku.” (al-Jami’ul Saghir: 2-9)

Dalam bulan Sya’ban ini kita perbanyak puasa sunat, disamping puasa sunat Isnin dan Khamis. Jika ada puasa kita yang tertinggal dahulunya kadhalah segera puasa kita yang ketinggalan itu, jangan ditangguuh-tangguhkan lagi, kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia, sehingga tak sempat menggantikan puasa yang tertinggal itu.  

Bagi mereka yang sangat uzur tak mampu menunaikan puasanya, atau wanita yang menyusui anaknya dan dikuatiri menjejaskan kesehatan anaknya, dan lain-lainnya, maka segeralah membayar fidyah memberi sedekah makanan kepada fakir miskin. 

Selamat menyambut Ramadhan dengan ikhlas dan kesucian, didalam mengharapkan keredhaanNya.

 

Dimuatnaik pada: Khamis  21 Sya'aban 1427 (14 September 2006)

>>>balik