HAJI AKBAR

Ustaz Syed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com

Kesempatan menunaikan Ibadah Haji bagi mereka yang mampu sungguh amat menggembirakan, apalagi Ibadah Haji yang ditunaikan itu bertepatan dengan pertemuan dua Hari Besar Istimewa dari pandangan Islam, yaitu ibadah ukuf di Arafah tahun ini, pada 9 Zulhijjah 1427H bertemu dengan saidul ayyam (penghulu hari), atau hari yang paling mulia, yakni  Jumaat, maka disebutlah Ibadah haji tersebut dengan Haji Akbar. 

Hari Arafah, hari yang dipenuhi dengan ampunan dari Allah s.w.t. dan Hari Jum’at merupakan penghulu segala hari, dimana Ummat Islam berkumpul menunaikan solat Jumat, di masjid secara berjamaah. Mereka yang beruntung beroleh Haji Akbar, berarti nilai ibadah Haji mereka berlipat ganda, mengikut niat mereka masing-masing. Orang yang menunaikan ibadah Haji ketika Haji Akbar sungguh melimpah ruah (amat ramai)  jika dibandingkan dengan haji biasa, terutama mereka yang berdatangan dari daerah yang berdekatan dengan Makkatul Mukarramah.

Haji terakhir selama hayat  Rasulallah s.a.w. terjadi pada Hari Jum’at, juga terkenal dengan sebutan Haji Wada’ (haji perpisahan).  Ketika itu ratusan ribu Ummat Islam bersama Rasulalllah s.a.w. menunaikan Ibadah Haji. Rasulallah s.a.w. telah meninggalkan berbagai wasiat kepada seluruh Ummat Islam, antaranya mereka diseru supaya sentiasa menjaga  ukhuwwah (persaudaraan) sesama Islam. Supaya mereka saling tulung menulung, jangan bermusuhan, jangan berbuuh-bunuhan. Kepada suami juga Rasulallah s.a.w. berpesan supaya bergaul dengan baik dan melindungi isteri mereka, dan kepada isteri disuruh supaya sentiasa taat setia kepada suami, dan berbagai pesanan Nabi s.a.w. dimana Nabi s.a.w. bersaksikan Allah s.w.t. bahwa Baginda  telah menyampaikan pesanan-poesanan  itu untuk dilaksanakan, dan pesanan-pesanan tersebut supaya disampaikan kepada seluruh ummat Islam dimanapun mereka berada hingga keakhir masa. 

Kesempatan menunaikan Haji Akbar adalah kesempatan yang langka (jarang berlaku) oleh itu, kesempatan yang baik ini supaya digunakan sebaik mungkin. Haji Akbar adalah Haji yang istimewa, perbanyaklah berdo’a, dan tunaikan Ibadah Haji dengan sebaik mungkin, ambillah munafaat yang ada dalam ibadah Haji itu, antaranya menanamkan perasaan Ukhuwwah Islamiyah bagi ummat Islam sedunia, tempat melatih diri untuk menjadi insan yang lebih baik, tabah menghadapi segala cabaran, dan berbagai faedah lainnya yang telah saya uraikan dalam tulisan saya yang lalu berkenaan Menghayati Hari Raya Qurban. 

Kita do’akan semoga Allah s.w.t. menerima Ibadah Haji kita dengan sebaik-baiknya, amin ya Rabbal ’Alamin.

Dimuatnaik pada: Khamis 7 Zulhijjah 1427 (28 Disember  2006)

>>>balik