SIRI SOAL JAWAB UGAMA LAMAN SHIAR ISLAM
Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas
SOAL JAWAB SIRI 2
| Soalan 1. From: Hamba Allah Assalamualikum Ustaz,
Saya berminat untuk membuka pusat perubatan alternatif. Macam manakah
caranya boleh saya gunakan perubatan untuk berdakwah. Disamping buat
amal kepada masyarakat. Di harap Ustaz dapat memberikan petunjuk untuk
saya. Sekian, terima kasih. Pusat perubatan
alternatif baiknya dilakukan dengan pendekatan mengikut Al-Quran dan Al-Hadith
yang shahih juga perubatan yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w.
seperti dalam buku tibun Nabawi (perubatan yang dilakukan oleh Nabi) dan
do’a yang telah diajarkan nabi dan diamalkan oleh para sahabatnya.
Perubatan itu juga boleh digunakan untuk berdakwah dengan penuh
keikhlasan menanamkan keyakinan kepada Allah s.w.t. Disamping itu, kita
juga menyarankan pesakit itu agar membaca basmalah dan sentiasa
berdo’a agar penyakitnya cepat disembuhkan.
Soalan 2. From: Kahar rockerz@singnet.com.sg a). Insya Allah, saya akan pindah ke rumah baru (resale) tidal lama lagi. Owner rumah ini adalah seorang Indian Christian. Dan saya lihat keadaan rumahnya sangat terjaga dan bersih. Masalah saya adalah rumah ini (seperti dapurnya)? Atau adakah boleh sekiranya saya tidak melakukannya? b). Saya telah mendapat nasihat daripada teman-teman saya agar “memagar” rumah saya dengan melaungkan azan dan sebagainya. Bolehkah ustaz bentangkan cara-cara yang terbaik bagi saya lakukan untuk melindungi rumah saya itu. c). Tidak lama lagi saya
akan dikurniakan seorang anak, Insya Allah. Saya mohon agar Ustaz dapat
berikan nasihat tentang cara-cara yang terbaik untuk menerima kehadiran
anak saya itu nanti. Menyertu seluruh atau sebahagian rumah tidak perlu dibuat kerana selain menyusahkan juga tidak ada suruhan untuk melakukan amalan tersebut akan tetapi jika memasuki satu tempat atau rumah disunatkan kita membaca A’uzu bikalimatillahi ttamati min syarimakholaq (Saya berlindung dengan kalimat Allah s.w.t. yang maha sempurna daripada segala kejahatan setiap makhluk yang Ia ciptakan). Agama ini diturunkan bukan untuk menyusahkan akan tetapi untuk memudahkan dan Allah s.w.t. tidak membebankan seseorang diluar kemampuannya. Melaungkan azan tidak terdapat dalam sunah Rasullullah s.a.w. (setiap amalan yang tidak ada diriwayatkan oleh Rasullullah s.a.w. maka akan ditolak dan itu adalah perbuatann sia-sia). Menerima kehadiran anak
baiknya kita mengazankan ditelinga kanan dan qamatkan ditelinga kiri (dengan
nada yang lembut). Bacakan do’a seperti do’a (Inni uizuha/hu
wazuariyatuha/hu minasyaithonirrojim) (saya memohon perlindungan kepada
Allah s.w.t. untuknya dan anak turunnya daripada godaan syaithan yang
dilaknat). Dan do’a-do’a yang lainnya, berikan nama yang baik,
membuat aqiqah, memberi manisan dimulut (madu), dll.
Soalan 3. Mohd Hisham zola187@hotmail.com Assalamualaikum Ustaz…
boleh tak ustaz memberi saya homepage tentang khalifah-khalifah
ar-rasyidin. Saya memerlukannya kerana mahu mendalami lagi tentang
Islam. Sekian, wassalam. Kisah khalifah-khalifah
arrasyidin sangat banyak, ada baiknya an merujuk buku-buku terjemahan
yang telah banyak dibuat dan mendapatkannya dikedai-kedai buku.
Soalan 4. Nor Ain Saleha nor_ain_saleha@yahoo.com Bagaimana kita boleh
menolong wanita melayu (sesat) supaya pulang kepangkuan Islam? Apa
pertolongan yang boleh kita lakukan untuk memberinya tempat teduh? Anda sebaiknya memohon
khidmat bantuan daripada jabatan-jabatan yang berkaitan dengannya
seperti Selangor, Jais Jabatan Agama ditempat anda atau badan-badan
seperti Perkim dan badan
kebajikan yang lainnya.
Soalan 5. Zulkeflee B A Latip alzulkef@maxis.com.my Saya ingin mengetahui
bagaimana cara untuk keluar/ berhenti sembahyang (jika kita terbatal
sembahyang)? Maksud saya cara/ adab yang diajar oleh Nabi s.a.w. Adakah
berbeza ketika sembahyang berjamaah dan sendiri. Bagaiman pula kalau
kita di saf terakhir sekali? Jika terbatal dalam
sembahyang hendaknya kita keluar daripadanya dengan bertakbir satu kali,
keluar daripada shalat baik berjamaah atau bersendirian. Jika
berada disaf hadapan, sebaiknya kita keluar dengan adab kesopanan
sehingga tidak mengganggu jamaah lain atau tidak melangkahi mereka
ketika mereka dalam sujud, eloknya kita menunggu mereka bangkit daripada
sujud.
Soalan 6. Azahar32 azahar32@hotmail.com Ustaz saya ingin
penjelasan daripada ustaz mengenai niat sembahyang fardu yang sebenarnya.
Kerana ada pendapat yang mengatakan niat yang pendek betul dan niat yang
panjang itu betul (niat panjang termasuk menghadap kiblat) dan niat
pendek tiada menghadap kiblat. Sekian terima kasih. Niat sembahyang adalah
satu daripada rukun sembahyang, yang telah sepakat semua ulama mazhab
mengenainya, berdasarkan hadith (Sesungguhnya setiap sesuatu amalan
bergantung dengan niatnya dan setiap seseorang akan mendapat balasan
daripada niatnya) jika ia niat kerana Allah s.w.t. maka ia akan mendapat
ganjaran daripadaNya, dan jika ia niat pada yang laiannya maka ia akan
mendapat sesuai dengan niatnya. Akan tetapi para uama berbeza pendapat
tentang cara dan ucapannya, ada yang mengharuskan untuk dilafazkan, ada
yang mencukupkan dengan niat di hati sahaja dan lafaznya pun
berbeza-beza yang semua berdasarkan ijtihad mereka. Yang afdhol adalah
lafaz yang pendek, betul dan mudah untuk diucap kerana agama itu
diturunkan untuk memudahkan bukan untuk menyusahkan.
Soalan 7. SHanDY Shandy@most-wanted.com 1. Ana ingin bertanya mengenai konsep Imamah. Bagaimana peranan Imamah pada zaman sekarang? Kepada siapakah Antum bertaklid? 2. Mungkin ana yang
pandir; Afwan, Mengenai soalan-jawab no9, kutinggalkan wasiat…
bukankah wasiat yang dimaksudkan adalah Al-Quran & Al-Hadith &
Wali Allah (Ahlulbaiyt)? Ingatkah Antum dengan tragedi hari khamis? (menjelang
Rasul Allah wafat). Imamah erat kaitannya
dengan khalifah, selepas Rasullullah s.a.w. wafat, pentadbiran negara
yang mengurusi kehidupan umat Islam dipimpin oleh khalifah atau amirul
mukminin (pemimpin kaum mukminin) disebut juga khalifah yang empat
selepas Rasullullah adalah khulafa urasyidin yang bererti
khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk kerana menjalankan pentadbiran
berdasarkan petunjuk Allah (Al-Quran) dan rasulNya (Al-Hadith). Selepas
mereka, dinasti-dinasti yang mewariskan kepimpinan mereka atau kerajaan
dari zaman Umaiyah, Abbasiyah, sehingga kezaman khalifah Usmaniah di
Turki yang telah dihancurkan penjajah tahun 1928. Mereka walaupun tidak
seperti khulafa urrasyidin akan tetapi masih menjaga kepentingan dan
persatuan umat Islam dan menegakkan semangat jihad. Kewajipan kita
adalah mengembalikan, kekhalifahan tersebut agar dapat memimpin kembali
umat Islam yang berpecah-pecah sekarang ini. Adapun Al-Quran dan Al-Hadith
adalah sebagai sumber rujukan bagi setiap khalifah yang memimpin umat
Islam. Hadith yang menyatakan tentang Ahlulbaiyt
adalah dapat dijadikan pemimpin atau rujukan jika mereka
mengamalkan Al-Quran dan Al-Hadith yang boleh diambil contoh tauladan.
Telah sepakat ulama ahli sunnah bahwa pemimpin seharusnya diambil dari
kalangan orang-orang Quraisy yang ahlulbaiyt dan termasuk daripadanya.
Adapun tragedi hari khamis adalah tragedi bagi orang-orang murtad,
munafik dan para zindiq dikerahkan terpilihnya Abu Bakar
sebagai khalifah yang akan memerangi mereka.
Soalan 8. Irwan Md. Yusof twone81@yahoo.com Ustaz, Saya seorang hamba Allah yang telah banyak membuat dosa dan melanggar peraturan-peraturan dalam Islam. Oleh itu saya ingin pulang kepangkal jalan. Dengan itu saya banyak pergi belajar agama dengan bermacam-macam guru, ustaz, imam, dan banyak lagi. Yang menjadi persoalan saya,
Nabi Muhammad s.a.w.
telah mengajar dan telah menyampaikan seruan Allah dengan
sejelas-jelasnya seperti terangnya matahari pada tengah hari keseluruhan
alam semesta ini, akan tetapi jika ada yang sakit penglihatan maka tidak
akan nampak cahaya tersebut. Perbezaan antara ulama
bukan pada prinsip usul atau asal akan tetapi perbezaan mereka pada
masalah-masalah yang cabang/ ranting atau bahagian-bahagian bukan yang
dasar dan ada hikmah dalamnya. Allah yang menjadikan akal manusia, dan
dengan akal itu manusia disuruh berfikir, hasil dari pemikiran , maka
lahirlah berbagai pandangan yang berguna untuk kebahagian hidup manusia.
Mazhab diumpamakan seperti kewajipan melaksanakan haji yang
sepakat ulama tentang perkara wajibnya, akan tetapi mereka berselisih
pendapat bagaimana pergi ke mekkah bagi yang tinggal berjauhan daripada
Mekkah, sebahagian mengatakan pergi dengan kapal terbang, yang lainnya
dengan kapal laut, dan yang lainnya dengan kenderaan melalui daratan. Al-Quran diturunkan
sebagai petunjuk dan Al-Quran juga menyuruh kita mengikut Rasullullah
s.a.w. (Al- Hadis) kerana kepadanya Al-Quran diturunkan dan dialah yang
lebih memahami tentang cara melaksanakan petunjuk tersebut juga Al-Quran
menyuruh kita merujuk kepada ulamak (ahli zikri) kerana Al-Quran dan Al-Hadith
tidak dapat difahami kecuali melalui mereka.
Soalan 9. Seagate jasonongkh@hotmail.com Assalamualaikum Ustaz,
saya ingin bertanya mengenai perkara yang tertera di bawah yang
membatalkan puasa. Adakah sepasang suami isteri itu wajib berpuasa dua
bulan berturut-turut atau memberikan makanan kepada enam puluh orang
fakir miskin sekiranya mereka melakukan persetubuhan dengan sengaja
semasa waktu berpuasa? Bersetubuh dengan
sengaja. Ia wajib menggadhanya atau membayar kifarah. Kini tidak ada
lagi hamba abdi dalam masyarakat Islam, kerana Islam membuat berbagai
cara untuk menghapuskannya. Jika tidak ada hamba untuk dibebaskan maka
wajiblah ia berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu, maka
wajiblah ia memberikan makanan kepada enam puluh orang fakir miskin. Seorang yang melakukan
persetubuhan dengan sengaja dibulan Ramadhan maka batal puasanya dan
diwajibkan bagi suami (bukan isteri) melakukan puasa ganti selepas
Ramadhan sebanyak dua bulan berturut-turut agar tidak mengganggap ringan
kewajipan berpuasa bulan ramadhan Adapun tertibnya sesuai
dengan hadith adalah berpuasa dua bulan atau memerdekakan hamba sahaya
atau memberi makan orang miskin, sebahagian ulama mengharuskan tertib
yang demikian dan yang sebahagian yang lainnya berpendapat
bagi orang kaya tidak dibenarkan memberi makan kepada orang
miskin atau memerdekakan hamba sahaya, kerana ia adalah ringan untuk
melakukannya bagi si kaya, akan tetapi ia wajib berpuasa dua bulan
berturut-turut, akan tetapi ramai ulama yang tidak sependapat sedemikian.
Iaitu harus mengikuti urutan tertib dalam hadith. Rasullullah s.a.w.
pernah membebaskan kafarah seseorang yang membatalkan puasa di bulan
Ramadhan dikeranakan sangat miskin. Membebaskan hamba sahaya memang
tidak ada pada masa sekarang ini kerana hamba sahaya hanya dibenarkan
jika didapati dari peperangan jihad fisabilillah yang sekarang umat
Islam telah meninggalkan syarat tersebut yang sepatutnya ditegakkan
kembali.
Soalan 10. Gjkjh ghk budak_smkkj@yahoo.com.au Bersyukur saya kepada
Ilahi kerana kekuasaannya dapat saya menemui laman web yang mungkin
dapat meningkatkan martabat Islam. Disini saya ingin mengambil
kesempatan kepada Ustaz untuk bertanyakan permasalahan yang sedang saya
hadapi. Saya kini belajar ditingkatan 5 disalah sebuah sekolah kerajaan
dinegeri Perak. Saya mempunyai seorang rakan sekelas yang berbangsa
India dan beragama Kristian yang ingin memeluk agama Islam. Hasratnya
itu diceritakan kepada rakan sekelas yang beragama Islam. Pernah saya
menyarankannya untuk mengucap dua kalimah syahadah supaya mendapat iman
dan setiap amalan yang dilakukannya diterima Allah tetapi dia telah
menolak kerana tidak tahu siapa yang perlu menjadi saksi pengislamannya
itu dan tidak tahu siapa yang perlu bertanggungjawab mengajarnya
bersholat, mengaji Al-Quran dan sebagainya. Pertanyaan yang saya ingin
tunjukan:
Astaghfirullah, Alhamdulelah, Masyallah. Apakah hukumnya dan apakah saya lakukan jika dia mengucapkan salam kepada saya?
diatas?
Seeloknya anda dan kawan
anda tersebut pergi berjumpa uztaz-ustaz dijabatan-jabatan agama Islam
yang terdekat menyatakan kesungguhan kawan anda untuk memeluk Islam dan
kewajipan anda memberitahu tentang keindahan dan keutamaan agama Islam
dan kelebihannya dari agama-agama lain dan menjelaskan kewajipan yang
harus dilakukan jika memeluk Islam. Anda boleh menyuruhnya mengucap dua
kalimah syahadah akan tetapi selepas itu ia harus diajarkan bagaimana
melakukan sholat dan kewajipan yang lainnya dan ancaman bagi yang
meninggalkannya atau keluar dari Islam. Menjawab salam bagi yang
bukan agama Islam adalah: “ Salamun Ala Manithtaba’il Huda”.
Ertinya: Keselamatan bagi yang mengikut petunjuk Islam. Nama Islam yang
sesuai adalah nama-nama yan baik seperti nama-nama para wanita yang
sholehah zaman nabi-nabi seperti Maryam, Masyitah, Sarah,
Hajar, nama-nama isteri Nabi Muhammad s.a.w. seperti Khadijah,
Aisyah, atau yang lainnya, anak-anak nabi s.a.w. seperti Fatiamatuzahra,
Zainab, Rugaiyah, Ummu Kulsum, atau Qasim, Abdullah, Abdullah, Ibrfahim.
Moga-moga mendapat keberkatan mengambil nama-nama mereka.
Soalan 11. Asep Syamsul Hadi asep_sh@sbr.divre1.telkom.co.id Saya cuba bertanya
sedikit mengenai tauhid. Begini, saya mempunyai anak berumur 3, 5 tahun.
Mungkin kerana sering mendengar azan, diakhirnya bertanya Allah itu
dimana? Pertanyaan lain tentang Allah dapat saya jawab, dan rasanya
dapat dimengertikan oleh anak saya. Tetapi untuk pertanyaan ini bukan
main, bingung saya menjawabnya. Pokoknya serba-salah. Menurut ilmu
tauhid yang saya tahu, Allah itu ‘Qiyamuhu binafsihi’, juga
‘Mukhalafatuhu lil hawaditsi’. Jadi pertanyaan itu tidak usah
diajukan, kerana Allah berbeda dengan makhluk. Tetapi bagaiman saya
kalau anak kecil yang bertanya, dan kita harus
dapat memberikan jawapan yang benar dan memuaskan anak? Berbicaralah dengan
kanak-kanak dengan kemampuan berfikirnya seperti Allah itu ada melihat
kita tetapi kita tidak dapat melihatNya kerana kelemahan penglihatan
kita dan Dia memiliki Singgahsana yang dinamakan Arshy yang maha tinggi
yang disanalah Allah memiliki kekuasaan (lihat surah Taha: ayat 5). Anda juga boleh melihat
uraian yang telah tuliskan
dalam laman web Shiar Islam ini, diruangan arkip berkenaan mengenal
Kebesaran Allah s.w.t.
Soalan 12. Hamba Allah. Disini saya ingin
bertanya kepada Ustaz tentang satu perkara. Begini Ustaz, saya ingin
tahu apakan hukumnya jika seorang anak (saya) tidak membawa anak-anaknya
(saya) berjumpa dengan ibu bapa saya (nenek anak-anak saya) kerana
mertua saya tidak membenarkan saya membawa anak-anak saya berjumpa ibu
bapa saya. Apakah saya
berdosa kerana tidak membawa anak saya itu. Adakah saya dikira berdosa
kerana tidak mengindahkan keinginan ibu bapa saya untuk berjumpa
anak-anak saya ini? Saya takut ibu bapa saya akan murka kepada saya.
Tolonglah saya Ustaz. Membawa anak-anak
berjumpa dengan datuk dan neneknya adalah satu amalan silaturrahim yang
digalakkan oleh Islam dan merupakan suatu ibadah berdasarkan nas Al-Quran
dan Al-Hadith, dan ancaman yang berat bagi yang meninggalkannya atau
memutuskannya, adapun mertua anda tidak mempunyai hak melarang yang
demikian tersebut akan tetapi yang berhak bersuara untuk dipatuhi adalah
suami saudara. Jika suami tidak melarangnya dan tidak mudharatkan
rumah tangga saudara maka lakukan silaturrahim tersebut, dan yang
baiknya saudara memujuk mertua saudara baik melalui saudara sendiri atau
melalui orang lainnya untuk tidak melakukan perbuatan tersebut kerana ia
suatu dosa dengan memutuskan silaturrahim dan akan menutup pintu
rezekinya dan menyebabkan kemarahan Allah s.w.t. Adapun yang berdosa
adalah mertua anda bukan anda maka kewajipan anda memujuk agar ia tidak
masuk neraka dikemudian kelak.
Soalan 13. Hamba Allah Seorang suami telah
memujuk isterinya semasa hendak berkelahi dengan berkata, ‘kalau awak
berbaik-baik dengan saya balik, saya berjanji tidak akan menggauli awak
jika awak tidak setuju, dan sekiranya saya buat juga, maka jatuhlah satu
talak’. Si isteri tidak menerima akad suami itu bahkan menolak tawaran
itu mentah-mentah. Setelah beberapa ketika, perbalahan antara suami
isteri tersebut reda setelah ibu bapa pihak isteri memujuk si isteri
supaya berbaik, dan bukan berdasarkan lafaz janji si suami tadi.
Setellah beberapa lama dan berbaik semula, si suami tanpa sengaja telah
menggauli si isteri sedangkan si isteri tidak setuju. Si suami tidak
sedar yang dia pernah melafazkan janji sepertimana diatas dan dia
terlupa sepenuhnya akan janji yang pernah dilafazkannya. Soalan saya
kepada Ustaz, adalah jatuh talak dalam situasi ini sedangkan si suami
boleh dikategorikan kepada hilang ingatannya semasa berlaku kejadian itu
dan adakah lafaz janji si suami itu dahulu sah walaupun peristiwa ini
berlaku 2 minggu sudah. Haram dan berdosa jika
seorang isteri menolak untuk digauli oleh suaminya jika tidak ada alasan
yang diterima oeh agama dan akan menyebabkan memperoleh laknat daripada
para malaikat. Suami tidak dibolehkan mengharamkan (dengan mentaklak)
isterinya yang telah dihalalkan agama untuk menggaulinya dan dikerahkan
untuk berbaik-baik dengannya (lihat surah: At-Tahrim, ayat 1). Talak
satu boleh rujuk kembali dengan cara menggaulinya kembali, dan lafaz
talak baiknya jangan digunakan dengan mudah. Saran saya sebaiknya
merujuk kembali kepada kadi atau mahkamah yang berdekatan untuk meminta
penjelasan perkara anda tersebut dan anda perlu mendapat kaunseling
rumah tangga dan menuntut ilmu khususnya yang berkaitan dengan rumah
tangga.
Soalan 14. Hafizi Abdul. Fattah hafizii@yahoo.com
Perkara yang masih dalam
fikiran yang tidak baik, tidak diambil kira oleh agama kecuali setelah
diucap atau dilakukan kecuali perkara kebaikan walaupun hanya niat maka
dicatit sebagai suatu kebaikan, dan jika dilakukan maka mendapat 10
pahala. Berdasarkan hadith Rasullullah s.a.w. sebaiknya anda banyak
beristighfar dan berzikir kepada Allah jika terlintas sesuatu yang tidak
baik maka baca, ‘Auzu billahi minasyaitonirrajim’. Jika anda ingin seperti mereka maka bacalah riwayat mereka dan
lakukanlah amalan seperti mereka walaupun tidak sepenuhnya. Anda harus
selalu mengingat kematian dan beristikhomah, tingkatkan amalan kebaikan
dari hari ke hari, balaslah perbuatan yang tidak baik dengan perbuatan
yang baik. Insyallah, Allah akan menghapuskannya dosa anda. Bergaullah
dengan orang-orang yang soleh, hadiri majlis-majlis ilmu dan dzikir,
baca buku-buku agama, lakukan yang diperintah dan jauhi yang dilarang.
Insyallah akan berjaya dengan mengikut petunjuk Allah.
Soalan 15. Ayu Computer Centre tobios@tm.net.my Saya ada soalan bolehkah
seorang perempuan yang haid memotong kuku atau rambut, sekiranya tidak,
memberikan saya ayat atau nas yang mengatakan tidak boleh sebab saya
tidak jumpa. Seorang perempuan yang haid makruh memotong kuku atau rambut berdasarkan pendapat ulama yang bersandarkan kepada nas-nas yang mewajibkan mandi seluruh anggota tubuh termasuk rambut dan kuku. Adapun nas yang mengharamkannya tidak terdapat yang
hanya ada diharamkan bagi orang haid sembahyang, jimak, berpuasa,
membaca atau membawa Al-Quran, memasuki masjid, melakukan ibadah haji
atau umrah.
Soalan 16. Ahmad Nasri observer888@netscape.net Saya ingin bertanya
sekiranya kita mengupah orang membaca tahlil untuk si mati, adakah
sampai pahala/ manfaat kepada si mati? Lagi satu kemusykilan sekiranya
membaca Al-Quran untuk si mati (dari kalangan keluarga) dan berniat agar
pahala membaca Al-Quran itu disedekahkan kepada si mati, adakah pahala
tersebut diterima oleh arwah? Mengupah orang membaca
tahlil, sedekah, membaca Al-Quran, berdo’a untuk arwah orang yang
telah mati baik orang tua kita atau orang yang lainnya adalah diterima
berdasarkan nas ijmak para ulama dan nas Al-Quran surah Al-Hasyr, ayat
10. Dan sabda Nabi s.a.w. yang ketika ditanya apakah berguna untuk ibuku
jika aku bersedekah untuknya maka Rasullullah s.a.w. menjawab, Ya! ( H.R
Al-Bukhori). Banyak riwayat yang Rasullullah s.a.w. mendo’akan untuk
jenazah para sahabat.
Soalan 17. Pertanyaan saya ialah:
Bayi tabung haram
hukumnya kerana persenyawaan yang dilakukan diluar rahim dan dilakukan
bukan dengan cara jimak antara suami isteri, untuk lebih banyak
penjelasannya, boleh anda membaca buku-buku yang menjelaskan tentang
perkara ini, seperti fatwa-fatwa Dr. Yusof Al-Qordhawi yang terkini atau
buku-buku yang lainnya yang membicarakan tentang hal ini. Ada juga alim ulama yang
berpendapat, jika dalam keadaan darurat dimana seseorang pasangan suami
isteri yang mandul, dan teringin sangat mempunyai anak keturunannya,
maka cara tersebut diatas dibolehkan asalkan dari benih suami isteri
yang disahkan mengikut hukum Islam. Adapun bagi anak yang
dihasilkan daripada perzinaan maka wali hakim adalah yang berhak
menikahkan anak tersebut bukan ayahnya kerana anak tersebut dinisbahkan
kepada ibunya bukan kepada bapanya. Akan tetapi jika ia seorang berzina
dan menikah selepas itu dan melahirkan anak tidak kurang daripada 6
bulan selepas pernikahan tersebut maka anaknya dapat dinisbahkan kepada
ayahnya dan ayahnya dapat menikahkannya. Jika hukum Islam tidak
dilaksanakan seperti di Barat dan kebanyakan negara bagi pelaku
penzinaan maka ia hendaklah bertaubat, yaitu taubat nasuha iaitu tidak
berkeikinan mengulanginya kembali, dan menjauhkan daripada tempat-tempat
dan orang-orang yang boleh membuat ia melakukannnya kembali. Menyesali
perbuatannya yang ia telah lakukan dan belajar tentang ilmu-ilmu agama
yang menjelaskan bahaya, ancaman dan dosa bagi yang melakukannya. Berapa ramai yang mendapat azab mendapat penyakit kelamin, malah sekarang ada penyakit yang membawa maut, seperti ‘Aids’ disebabkannya dan ramai lagi yang keluarganya porak-peranda, anaknya atau keluarganya dinodai disebabkana perbuatannya melakukan perbuatan tersebut. Begitu juga jika hukum Islam dijalankan akan tetapi ia tidak dapat dikesan atau melarikan diri/ bersembunyi, tidak dapat ditangkap, maka ia dapat bertaubat dan moga-moga taubatnya diterima, sesungguhnya Allah maha menerima taubat hambanya. (Al-Quran Surah Al-Maidah, ayat 34, Surah An-Nur, ayat 5).
|
|
||| Email kepada Ustaz || Email kepada Webmaster || kemasmini pada 20 Shaaban 1422H ( 7 November 2001)
|