PENGURUSAN MASA (12)

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas
 

Demikianlah pengurusan masa oleh Rasulallah s.a.w. Semua masanya itu
digunakannya dalam amalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. untuk menyelamatkan
ummat manusia dari kebinasaan lahir dan batin, di dunia dan di akhirat. Oleh
karena itu, jika ummat manusia khasnya Ummat Islam mahu menjadikan pengurusan
masa Nabi s.a.w. sebagai contoh teladan dalam mengisi masa hidupnya, jika tak
boleh sepenuhnya seperti itu, sekurang-kurangnya seberapa yang termampu, insya
Allah kita akan memperoleh keredhaan Allah dan kejayaan dalam kehidupan kita
di dunia dan di akhirat.

Marilah kita lanjutkan pengurusan masa Nabi s.a.w. sepulangnya dari Thaif dan Nabi s.a.w. kembali ke Mekkah. Pada suatu malam hari Isnin 27 Rejab tahun ke 10 selepas kerasulan, Nabi s.a.w. telah diisrak-mikrajkan oleh Allah s.w.t .sebagai salah satu tanda Keagungan Allah s.w.t. dan juga untuk menerima tugas suci yaitu Solat lima (artikel berkenaan Israk dan Mikraj Nabi s.a.w telah saya tulis dan sila lihat dalam arkip Shi'ar Islam).

Disamping itu Allah s.w.t menggalakan kepada seluruh Ummat manusia supaya menjelajah alam angkasa yang dipenuhi dengan berbagai planet dan bintang-bintang yang bertaburan, semua itu menunjukkan sebahagian daripada tanda-tanda keagongan Allah s.w.t.

Betapa banyaknya tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t.di ruang angkasa, sila Perhatikan Qur'an. S.Assajadah:53.

Matahari dan bulan itu untuk menghitung masa (waktu), dan beredar pada tempatnya masing-masing. Sila rujuk Qur'an.S.Al-an'am:96.

Ruang angkasa ini pada mulanya bagaikan asap (Q.Assajadah:11). Alam raya ini (langit dan bumi) pada mulanya satu, kemudian dipisah-pisahkan Q.S.al-Anmbiya:30).

Allah s.w.t.menyuruh kita mengkaji segala apa yang ada di langit dan bumi,untuk dimenafaatkan oleh manusia. Allah s.w.t. menundukkan seluruh alam ini kepada manusia (14:32-34, 16:10-16, 22:65, 31:20, 45:12-13). Allah menjadikan bumi ini mudah bagi kamu (67:15).

Meskipun demikian Allah mengingatkan kita, bahawa makhluk lainnya seperti binatang dan burung yang terbang dengan sayapnya, juga makluk Allah seperti kamu (6:38). Oleh karena itu perlulan Alam ini diurus dengan baik dan harmoni dan menjaga perimbangannya yang sedia ada itu.

"Barang siapa mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan beriman, maka Kami akan memberikan kehidupan yang baik dan akan Kami berikan kepadanya balasan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (16:97).

"Dan diantara mereka ada yang berdoa:"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" (2:201)
 
 


Bersambung