Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas
"Wahai kaum Khazraj dan Aus! Anda semuanya telah menyatakan dukungan (sokongan) kepada agama Muhammad! Ketahuilah beliau adalah orang yang paling mulia di kalangan sukunya Bani Hasyim".
"Seluruh Bani Hasyim yang beriman dan yang tidak beriman, mengambil tanggung jawab penuh terhadap keselamatannya. Namun Muhammad kini condong kepada anda sekalian dan ingin berada ditengah-tengah anda. Jika anda yakin akan mematuhi perjanjian dan akan melindunginya daripada gangguan musuh, kami bersedia melepaskan beliau pergi bersama anda. Namun jika anda tidak mampu membelanya dalam suasana sukar, anda boleh meninggalkannya di sini. Biarkan beliau menghabiskan usianya bersama kerabatnya, dengan kedudukan dan kehormatan tinggi."
Ketika itu Bura' bin Mu'rur, bangun seraya berkata: "Demi Allah jika ada hal lain di hati kami, selain apa yang telah kami katakan dengan lidah kami, niscaya kami telah mengatakannya. "Kami tidak mempunya niat lain, kecuali memenuhi perjanjian itu dengan tulus dan sedia berkorban membela Nabi s.a.w." Kemudian orang-orang Khazraj dan 'Aus menoleh kepada Nabi s.a.w, sambil mengharapkan Nabi s.a.w. mengatakan sesuatu.
Rasulullah s.a.w. memulakan kata-kata beliau dengan membacakan beberapa ayat al-Quran, untuk meneguhkan keimanan mereka terhadap Islam, setelah itu Nabi s.a.w. bersabda: "Saya terima bai'at anda semua, bahawa anda akan membela saya sebagaimana anda membela anak dan anggota keluarga anda.
Bura' terus bangun kembali seraya berkata: "Kami adalah perajurit perang yang terlatih sebagai tentera. Kami mewarisi sifat ini dari leluhur (nenek moyang) kami."
Semua hadirin dengan bersemangat menyokong penuh taat setia yang telah dinyatakan oleh Bura'. Ketika itu Saidina "Abbas memegang tangan Nabi s.a.w. seraya berkata: "Ada mata-mata gelap sedang mengintai kita, kita mestilah bercakap secara perlahan-perlahan".
Kemudian, Bura' bin Ma'rur, Abu al-Haitam bin Taihan, 'As'ad bin Zurarah, bangun seraya meletakkan tangan mereka di atas tangan Nabi s.a.w, sebagai tanda bai'at. Setelah itu semua hadirin melakukan bai'at satu demi satu.
Nabi s.a.w. kemudianya, mengesyorkan kepada mereka: "Pilihlah 12 orang sebagai wakil anda semua, sebagaimana Musa bin Imran memilih 12 pemimpin dari Bani Israil. Sehingga dalam suasana sukar, mereka boleh diharapkan membantunya".
Setelah itu mereka memilih dua belas wakil kaum Ansor,
sembilan dari Khazraj dan tiga dari golongan 'Aus. Mereka semuanya diperkenalkan
diri kepada Nabi s.a.w. Nabi s.a.w.berjanji akan meninggalkan Makkah menuju
Yathrib bila tiba waktunya. Pertemuan itu terkenal dengan Bai'ah al-Aqabah
Pertama.
Bersambung