PENGURUSAN MASA (3)

   Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas
 

Rasulallah s.a.w.adalah seorang Nabi dan Rasulullah yang telah berjaya   menggunakan masa hidup beliau dengan sebaik mungkin. Meskipun Baginda
telah mengalami berbagai cobaan hidup semenjak Baginda masih dalam kandungan ibundanya yang bernama Aminah binti Wahab, ayahandanya yang tercinta Abdullah bin Abdul Muthalib, wafat. Ketika berusia 6 tahun  bundanya yang dikasihi, pulang kerahmatullah pula. Dua tahun Nabi s.a.w.diasuh oleh Datuknya yang bernama Abdul Muthalib, dengan penuh 
kasih sayang, kemudian Abdul Muthalib pula dipanggil Allah s.a.w. Setelah itu Nabi kita s.a.w. diasuh pula oleh bapak saudaranya (pamannya) yang bernama Abu Thalib, sehingga Baginda dewasa.

Semenjak masa kecil hingga wafat, Nabi s.a.w.mengisi masa yang dilaluinya itu dengan teliti dan cermat. Sehingga pengurusannya begitu 
berguna dan membawa kebahagiaan kepada seluruh makhluk Allah s.w.t. ketika hayat baginda, dan pengaruhnya berterusan hingga kini dan  hingga hari Qiamat. Sehingga baginda Nabi s.a.w.meskipun telah lama  meninggalkan kita, tetapi namanya senantiasa disebut dan dikenang oleh 
manusia sejagat. Namanya tetap hidup, meskipun telah lama (ribuan tahun) wafat dan meninggalkan ummat manusia.

Ketika masih kecil masanya telah diisi dengan membantu keluarga Halimatussa'diah dengan cara mengembala ternak. Ketika berusia 12 
tahun, baginda ikut bersama bapa saudaranya (pamannya Abu Thalib) berniaga ke Syam (Syria).

Masa usia 15 tahun turut serta dalam peperangan Fijar. Ketika berusia 16 tahun terlibat dalam gerakan Hilful Fuzul (perjanjian sumpah setia  di kalangan Quraisy). Masa usia 23 tahun, baginda berniaga kali kedua, dengan membawa barang perniagaan Saidatina Khadijah ke Syam.

Masa usia 25 tahun, Nabi s.a.w.mendirikan rumah tangga dengan saidatina 
Khadijah. Mereka sekeluarga hidup aman damai saling mengasihi dan saling membantu baik dalam urusan rumah tangga dan juga dalam urusan  kemasyarakatan. Sehingga saidatina Khadijah wafat, hanya saidatina 
Khadijah seorang sahaja isteri Nabi s.a.w.

                                                 (bersambung)