|
Oleh Syed Hasan Alatas Usaha pimpinan Quraisy untuk menghalang Dakwah Nabi s.a.w. berterusan. Usaha jahat mereka untuk menghalang manusia mendengar firman Allah (ayat-ayat al-Quran) menemui kegagalan. Lalu mereka berusaha pula untuk mencegah orang ramai daripada memelok Islam dengan cara menghadang mereka dijalanan atau saat tiba di Makkah. Mereka menyeru orang ramai supaya menjauhkan diri mereka dari Muhammad s.a.w. dengan menuduh Nabi s.a.w. berbagai tuduhan keji, seperti Muhamad telah gila, karena telah menghina ajaran datuk nenek yang menjadi anutan mereka turun menurun. Mereka menuduh Nabi s.a.w. telah membawa ajaran sesat dan menyesatkan. Mereka tak sadar bahwa merekalah yang telah lama sesat, yang menyimpang dari ajaran Tauhid. Penenyembahan kepada Allah s.w.t. mereka campur adukkan dengan menyembah berhala, menyembah manusia, menyembah kuasa, menyembah harta benda, menyembah wanita, dan berbagai penyembahan lainnya yang mereka lakukan, terutama menyembah Hawa Nafsu jahat, yang telah merusak akidah Tauhid yang sebenarnya, yang dibawa oleh para ambia dan para rasul sebelum Nabi s.a.w. Usaha kaum Quraisy untuk menghalang perkembangan Islam dengan menyekat manusia daripada mendengar wahyu yang datang dari Allah s.w.t. dan usaha mereka menghalang orang ramai daripada memeluk Islam dengan menghalang mereka di mana-mana tempat untuk masuk Islam, terus menemui kegagalan. Sebaliknya, usaha gigih Nabi s.a.w.sedikit demi sedikit menarik perhatian ramai, terutama daripada kalangan mereka yang lemah, yang selalu dizalimi oleh penguasa Quraisy dengan berbagai kezaliman, diluar batas perikemanusiaan. Penganiayaan kaum musyrikin Quraisy terhadap Nabi s.a.w.dan para pengikutnya tambah menjadi-jadi. Nabi dihina dan difitnah dengan berbagai tuduhan jahat. Nabi s.a.w. dilempari kotoran dan najis, disakiti, diludahi, dituduh membawa ajaran sesat yang bertentangan dengan adat istiadat yang telah turun temurun diamalkan yang telah menjadi darah daging mereka. Nabi s.a.w. dituduh pemecah belah ummat, karena menyeru manusia ke jalan hanya menyembah Allah s.w.t, Tuhan yang Maha Esa, tidak ada syarikat bagiNya, seperti yang diperintahkan Allah s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh ummat yang telah sesat dan jauh dari ajaran yang Tauhid, yang hanya menyembah Allah s.w.t. pencipta dan pentadbir alam semesta. Allah berfirman yang maksudnya: "Katakanlah!: Dia adalah Allah, Maha Esa. Allah tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak, dan Dia tiada pula
Sedangkan yang menjadi amalan harian kaum Quraisy ketika itu ialah menyembah berhala, menyembah manusia, menyembah Kekuasaan, menyembah harta benda, menyembah hawa nafsu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Adakah engkau lihat orang yang mengambil Hawa Nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya, karena mengetahui (kejahatan hatinya) dan mencap (menutup) pendengaran dan hatinya, dan Allah mengadakan tutupan diatas pemandangannya. Maka siapakah lagi yang dapat menunjukinya sesudah Allah? Tidakkah kamu menerima peringatan? (Q.S.al-Jaatsiyah:23)
(bersambung) |
