SIRI SOAL JAWAB UGAMA LAMAN SHIAR ISLAM

http://perkasa.net/shiar_islam

 

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

 

SOAL JAWAB SIRI 2   -  SENARAI SOALAN

 Soalan 1. 

From: Hamba Allah

Assalamualikum Ustaz, Saya berminat untuk membuka pusat perubatan alternatif. Macam manakah caranya boleh saya gunakan perubatan untuk berdakwah. Disamping buat amal kepada masyarakat. Di harap Ustaz dapat memberikan petunjuk untuk saya. Sekian, terima kasih. 

Jawapan


Soalan 2. 

From: Kahar rockerz@singnet.com.sg

a). Insya Allah, saya akan pindah ke rumah baru (resale) tidal lama lagi. Owner rumah ini adalah seorang Indian Christian. Dan saya lihat keadaan rumahnya sangat terjaga dan bersih. Masalah saya adalah rumah ini (seperti dapurnya)? Atau adakah boleh sekiranya saya tidak melakukannya?

b). Saya telah mendapat nasihat daripada teman-teman saya agar “memagar” rumah saya dengan melaungkan azan dan sebagainya. Bolehkah ustaz bentangkan cara-cara yang terbaik bagi saya lakukan untuk melindungi rumah saya itu.

c). Tidak lama lagi saya akan dikurniakan seorang anak, Insya Allah. Saya mohon agar Ustaz dapat berikan nasihat tentang cara-cara yang terbaik untuk menerima kehadiran anak saya itu nanti. 

Jawapan


Soalan 3. 

Mohd Hisham zola187@hotmail.com

Assalamualaikum Ustaz… boleh tak ustaz memberi saya homepage tentang khalifah-khalifah ar-rasyidin. Saya memerlukannya kerana mahu mendalami lagi tentang Islam. Sekian, wassalam. 

Jawapan


Soalan 4. 

Nor Ain Saleha nor_ain_saleha@yahoo.com

Bagaimana kita boleh menolong wanita melayu (sesat) supaya pulang kepangkuan Islam? Apa pertolongan yang boleh kita lakukan untuk memberinya tempat teduh? 

Jawapan


Soalan 5. 

Zulkeflee B A Latip alzulkef@maxis.com.my

Saya ingin mengetahui bagaimana cara untuk keluar/ berhenti sembahyang (jika kita terbatal sembahyang)? Maksud saya cara/ adab yang diajar oleh Nabi s.a.w. Adakah berbeza ketika sembahyang berjamaah dan sendiri. Bagaiman pula kalau kita di saf terakhir sekali? 

Jawapan


Soalan 6.

Azahar32 azahar32@hotmail.com 

Ustaz saya ingin penjelasan daripada ustaz mengenai niat sembahyang fardu yang sebenarnya. Kerana ada pendapat yang mengatakan niat yang pendek betul dan niat yang panjang itu betul (niat panjang termasuk menghadap kiblat) dan niat pendek tiada menghadap kiblat. Sekian terima kasih. 

Jawapan


Soalan 7. 

SHanDY Shandy@most-wanted.com

1. Ana ingin bertanya mengenai konsep Imamah. Bagaimana peranan Imamah pada zaman sekarang? Kepada siapakah Antum bertaklid?

2. Mungkin ana yang pandir; Afwan, Mengenai soalan-jawab no9, kutinggalkan wasiat… bukankah wasiat yang dimaksudkan adalah Al-Quran & Al-Hadith & Wali Allah (Ahlulbaiyt)? Ingatkah Antum dengan tragedi hari khamis? (menjelang Rasul Allah wafat). 

Jawapan


Soalan 8. 

Irwan Md. Yusof twone81@yahoo.com

Ustaz,

Saya seorang hamba  Allah yang telah banyak membuat dosa dan melanggar peraturan-peraturan dalam Islam. Oleh itu saya ingin pulang kepangkal jalan. Dengan itu saya banyak pergi belajar agama dengan bermacam-macam guru, ustaz, imam, dan banyak lagi. Yang menjadi persoalan saya,

  1. Mengapa terdapat banyak perbezaan dalam agama Islam itu sendiri wahal Allah telah mewahyukan Al-Quran kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada umatnya. Adakah Nabi Muhammad tidak mengajar atau menyampaikan seruan Allah dengan jelas?

  1. Mengapa perlu mazhab-mazhab yang bagi saya telah mengada-adakan bermacam-macam cara,  bagaimana dan apa itu Islam sendiri? Setahu saya Al-Quran  diturunkan kepada umat manusia sebagai penjelas kepada mereka dan umat sepatutnya mempelajari daripadanya

Jawapan 


Soalan 9. 

Seagate jasonongkh@hotmail.com 

Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya mengenai perkara yang tertera di bawah yang membatalkan puasa. Adakah sepasang suami isteri itu wajib berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberikan makanan kepada enam puluh orang fakir miskin sekiranya mereka melakukan persetubuhan dengan sengaja semasa waktu berpuasa? 

Bersetubuh dengan sengaja. Ia wajib menggadhanya atau membayar kifarah. Kini tidak ada lagi hamba abdi dalam masyarakat Islam, kerana Islam membuat berbagai cara untuk menghapuskannya. Jika tidak ada hamba untuk dibebaskan maka wajiblah ia berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu, maka wajiblah ia memberikan makanan kepada enam puluh orang fakir miskin. 

Jawapan


Soalan 10. 

Gjkjh ghk budak_smkkj@yahoo.com.au 

Bersyukur saya kepada Ilahi kerana kekuasaannya dapat saya menemui laman web yang mungkin dapat meningkatkan martabat Islam. Disini saya ingin mengambil kesempatan kepada Ustaz untuk bertanyakan permasalahan yang sedang saya hadapi. Saya kini belajar ditingkatan 5 disalah sebuah sekolah kerajaan dinegeri Perak. Saya mempunyai seorang rakan sekelas yang berbangsa India dan beragama Kristian yang ingin memeluk agama Islam. Hasratnya itu diceritakan kepada rakan sekelas yang beragama Islam. Pernah saya menyarankannya untuk mengucap dua kalimah syahadah supaya mendapat iman dan setiap amalan yang dilakukannya diterima Allah tetapi dia telah menolak kerana tidak tahu siapa yang perlu menjadi saksi pengislamannya itu dan tidak tahu siapa yang perlu bertanggungjawab mengajarnya bersholat, mengaji Al-Quran dan sebagainya. Pertanyaan yang saya ingin tunjukan: 

  1. Apakah wajar tindakan saya menyuruhnya mengucap dua kalimah shahadah dan apa hukumnya?
  2. Beliau selalu memberi salam Assalamualaikum dan mengucapkan kalimah

      Astaghfirullah, Alhamdulelah, Masyallah. Apakah hukumnya dan apakah saya          

      lakukan jika dia mengucapkan salam kepada saya?

  1. Apakah yang perlu saya lakukan tentang permasaalahan yang saya hujahkan

     diatas?

  1. Bolehkah Ustaz berikan contoh nama Islam yang sesuai untuk diberikan jika beliau  memeluk agama Islam kelak?

Jawapan


Soalan 11. 

Asep Syamsul Hadi asep_sh@sbr.divre1.telkom.co.id 

Saya cuba bertanya sedikit mengenai tauhid. Begini, saya mempunyai anak berumur 3, 5 tahun. Mungkin kerana sering mendengar azan, diakhirnya bertanya Allah itu dimana? Pertanyaan lain tentang Allah dapat saya jawab, dan rasanya dapat dimengertikan oleh anak saya. Tetapi untuk pertanyaan ini bukan main, bingung saya menjawabnya. Pokoknya serba-salah. Menurut ilmu tauhid yang saya tahu, Allah itu ‘Qiyamuhu binafsihi’, juga ‘Mukhalafatuhu lil hawaditsi’. Jadi pertanyaan itu tidak usah diajukan, kerana Allah berbeda dengan makhluk. Tetapi bagaiman saya kalau anak kecil yang bertanya, dan kita harus  dapat memberikan jawapan yang benar dan memuaskan anak? 

Jawapan


Soalan 12. 

Hamba Allah. 

Disini saya ingin bertanya kepada Ustaz tentang satu perkara.  

Begini Ustaz, saya ingin tahu apakan hukumnya jika seorang anak (saya) tidak membawa anak-anaknya (saya) berjumpa dengan ibu bapa saya (nenek anak-anak saya) kerana mertua saya tidak membenarkan saya membawa anak-anak saya berjumpa ibu bapa saya.  Apakah saya berdosa kerana tidak membawa anak saya itu. Adakah saya dikira berdosa kerana tidak mengindahkan keinginan ibu bapa saya untuk berjumpa anak-anak saya ini? Saya takut ibu bapa saya akan murka kepada saya. Tolonglah saya Ustaz. 

Jawapan 


Soalan 13. 

Hamba Allah 

Seorang suami telah memujuk isterinya semasa hendak berkelahi dengan berkata, ‘kalau awak berbaik-baik dengan saya balik, saya berjanji tidak akan menggauli awak jika awak tidak setuju, dan sekiranya saya buat juga, maka jatuhlah satu talak’. Si isteri tidak menerima akad suami itu bahkan menolak tawaran itu mentah-mentah. Setelah beberapa ketika, perbalahan antara suami isteri tersebut reda setelah ibu bapa pihak isteri memujuk si isteri supaya berbaik, dan bukan berdasarkan lafaz janji si suami tadi. Setellah beberapa lama dan berbaik semula, si suami tanpa sengaja telah menggauli si isteri sedangkan si isteri tidak setuju. Si suami tidak sedar yang dia pernah melafazkan janji sepertimana diatas dan dia terlupa sepenuhnya akan janji yang pernah dilafazkannya. Soalan saya kepada Ustaz, adalah jatuh talak dalam situasi ini sedangkan si suami boleh dikategorikan kepada hilang ingatannya semasa berlaku kejadian itu dan adakah lafaz janji si suami itu dahulu sah walaupun peristiwa ini berlaku 2 minggu sudah. 

Jawapan 


Soalan 14. 

Hafizi Abdul. Fattah hafizii@yahoo.com 

  1. Suatu hari ketika bersholat saya tersedar yang apa difikirkan itu adalah boleh menyebabkan saya menjadi murtad. Soalan  saya adakah saya telah menjadi murtad?
  2. Bagaimana saya boleh berjaya dalam Islam dengan baik sekali seperti sahabat Rasullullah dan Rasulluah s.a.w.
  3. Bagaimanakah caranya untuk bertekad dengan yakin yang saya adalah hamba Allah s.w.t. yang tidak leka dengan alam yang fana ini.
  4. Bagaimanakah seseorang muslim yang sedang menuntut ilmu di institusi dapat berjaya dengan baik selaras dengan ajaran Islam?

Jawapan 


Soalan 15. 

Ayu Computer Centre tobios@tm.net.my 

Saya ada soalan bolehkah seorang perempuan yang haid memotong kuku atau rambut, sekiranya tidak, memberikan saya ayat atau nas yang mengatakan tidak boleh sebab saya tidak jumpa. 

Jawapan 


Soalan 16. 

Ahmad Nasri observer888@netscape.net 

Saya ingin bertanya sekiranya kita mengupah orang membaca tahlil untuk si mati, adakah sampai pahala/ manfaat kepada si mati? Lagi satu kemusykilan sekiranya membaca Al-Quran untuk si mati (dari kalangan keluarga) dan berniat agar pahala membaca Al-Quran itu disedekahkan kepada si mati, adakah pahala tersebut diterima oleh arwah? 

Jawapan


Soalan 17. 

mahtum@syriamail.com 

Pertanyaan saya ialah:

  1. Apa hukumnya tentang bayi tabung?
  1. Teknologi apa saja yang digunakan untuk memperoleh bayi tabung dan mengapa banyak orang mengatakan bayi tabung itu haram hukumnya?
  1. Ada seorang perempuan yang ingin bernikah tetapi dia dilahirkan dari hasil penzinaan (lahir pada saat belum nikah). Yang jadi pertanyaan adalah apakah sah hukumnya apabila pada saat dia dinikahi yang menjadi walinya adalah ayahnya dan siapa sahaja yang boleh menjadi walinya?
  1.  Apakah hukuman dari perbuatan zina sedangkan mengikut hukum barat zina itu diperbolehkan asalkan suka sama suka. Dan kerana hukuman rejam itu tidak ada bagaimanakah cara bertaubatnya?

 

Jawapan 

 ||| Email kepada Ustaz  || Email kepada Webmaster ||

kemasmini pada  20 Shaaban 1422H ( 7 November  2001)

ke soal-jawab siri 1>>

ke laman soal-jawab>>

KE MUKA DEPAN SHI'AR ISLAM >>