|| Laman Utama || Asas Syariat Islam || Tulisan Ustaz || Belajar Bahasa Al-Quran || Artikel Pilihan || Audio || Derma ||


Asas Syariat Islam

الجُزْءُ اْلأَوَّلُ: فِي اْلإِيْمَانِ وَالإِسْلاَمِ وَالإِحْسَان ِ  

Bahagian 1: Tentang Iman, Islam dan Ehsan


الدَّرْسُ اْلأَوَّلُ

Pelajaran Pertama

 

بسم الله الرحمن الرحيم

قَالَ اللهُ تَعاَلى:  وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ  [آل عمران: 85].

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang merugi. (Ali Imran: 85).

 

قَال اللهُ تَعَالى: وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِلَّةِ أَبِيْكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ [الحج:78].

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. Ikutilah agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu. (Al-Haj: 78).

 الدَّيْنُ عِبَارَةٌ عَنِ اتِّبَاعِ اْلأَوَامِرِ وَاجْتِـنَابِ النَّوَاهِي، وَالتَّسْلِيْمِ لِلْقَضاَءِ وَالْقَدَرِ

Agama adalah mengikuti perintah-perintah (Tuhan) dan menjauhi larangan-laranganNya, serta menerima segala ketentuan dan takdirNya.