|| Laman Utama || Asas Syariat Islam || Tulisan Ustaz || Belajar Bahasa Al-Quran || Artikel Pilihan || Audio || Derma ||


Asas Syariat Islam

الجُزْءُ اْلأَوَّلُ: فِي اْلإِيْمَانِ وَالإِسْلاَمِ وَالإِحْسَان ِ  

Bahagian 1: Tentang Iman, Islam dan Ehsan


الدَّرْسُ الثَّانِي

Pelajaran Kedua

أَحْكَامُ الشَّرْعِ خَمْسَةُ: وَاجِبُ، وَمَنْدُوْبُ، وَحَرَامُ، وَمَكْرُوْهُ، وَمُباَحٌ 

Hukumsyariat (Islam) ada lima: wajib, mandub (sunnah), haram, makruh, mubah

الوَاجِبُ: مَا يُثاَبُ عَلىَ فِعْلِهِ وَيُعَاقَبُ عَلىَ تَرْكِهِ

Wajib: suatu (pekerjaan) yang berpahala jika dikerjakan, dan berdosa jika ditinggalkan.

المَنْدُوْبُ: مَا يُثَابُ عَلَى فِعْلِهِ وَلاَ يُعَاقَبُ عَلىَ تَرْكِهِ.

Mandub (sunnah): suatu (pekerjaan) yang berpahala jika dilakukan, dan tidak berdosa jika ditinggalkan.

الحَرَامُ: مَا يُثَابُ عَلىَ تَرْكِهِ وَيُعَاقَبُ عَلىَ فِعْلِهِ.

 Haram: suatu (pekerjaan) yang berpahala jika ditinggalkan, dan berdosa jika dilakukan.

المَكْرُوْهُ: مَا يُثَابُ عَلىَ تَرْكِهِ وَلاَ يُعاَقَبُ عَلىَ فِعْلِهِ.

Makruh: suatu (pekerjaan) yang berpahala jika ditinggalkan, dan tidak berdosa jika dilakukan.

المُباَحُ: مَا كَانَ فِعْلُهُ وَتَرْكُهُ عَلىَ حَدٍّ سَوَاءٍ، لاَ ثَوَابَ وَلاَ عِقَابَ.

Mubah: suatu (pekerjaan) yang jika dikerjakan atau ditinggalkan sama saja, tidak berpahala dan tiak berdosa.