Mendamaikan Orang yang Berselisih

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

 
Mendamaikan Orang yang berselisih.

* -Daripada Ummi Darda' r.a. Rasulallah s.a.w.bersabda: "Rasulallah s.a.w. bertanya. Perlukan kuberitahu kepada kamu, suatu perbuatan yang mulia yang lebih afdhal daripada puasa, solat, dan sedekah? Mereka menjawab, kami memang ingin mengetahuinya ya Rasulallah. Rasulallah bersabda: "Mendamaikan orang yang berselisih! Mengadudomba adalah
perbuatan yang menimbulkan malapetaka." (H.R.al-Asbihani)

* -Dari Abi Ayyub ia berkata, Rasulallah s.a.w. bersabda kepadaku: "Wahai Abi Ayyub, mahukah kamu kuberitahukan sesuatu sedekah yang amat disenangi oleh Allah dan RasulNya? Abi Ayyub menjawab mahu ya Rasullah. Lalu Rasulallah s.a.w. bersabda lagi yaitu, mendamaikan manusia yang saling bermusuhan dan saling memarahi. (H.R.al-Tabrani)

* -Dari Anas r.a daripada Rasulallah s.a.w.Nabi bersabda: "Barangsiapa yang mendamaikan manusia, maka Allah akan memudahkan rusannya. Baginya pahala sebesar pahala memerdekakan hamba sahaya untuk setiap kalimat yang disampaikannya, dan diampuni Allah seluruh kesalahannya yang lalu. (H.R.al-Asbihani)