|| Laman Utama || Asas Syariat Islam || Tulisan Ustaz || Belajar Bahasa Al-Quran || Artikel Pilihan || Audio || Sumbangan ||


MEMBASMI KEGANASAN ANTARABANGSA

Ustaz Sayed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com


Kezaliman yang merajalela di seluruh dunia, penindasan antara sesama manusia, tindakan yang tidak adil, telah menyebabkan keganasan antara bangsa telah tambah meningkat. Aku selalu betul, anda selalu salah, jika pendirian seperti ini menjadi pegangan, maka janganlah diharapkan keganasan akan dapat dilenyapkan.

Disebabkan penindasan yang tidak dapat lagi ditanggung, dimana negara mereka diceroboh, penduduknya dianiaya, harta benda mereka dimusnahkan, kita tak usah heran jika ada manusia yang sanggup meletupkan dirinya. Mereka nekat menghancurkan diri mereka sendiri, karena mereka merasa sangat kecewa, melihat keluarganya dibunuh, rumah mereka diletupkan, ayah ataupun mak ataupun adik atau abang mereka disiksa, atau dibunuh dengan kejamnya, tanaman yang mereka bela dengan susah payah telah dilenyapkan. Mereka tidak ada pilihan lain, sebab tindakan yang zalim ini terus berlaku, dan mereka tidak ada tempat untuk mengharapkan penyelesaian secara adil. Oleh itu sudah tiba masanya seluruh Negara bekerjasama dalam menyelesaikan masaalah mereka yang dizalimi itu secara adil dan bijaksana.

Telah tibanya masanya seluruh dunia bekerjasama untuk menyelesaikan masaalah Ummat manusia dengan berpandukan kepada kasih sayang yang telah diajarkan oleh para ambia terutama apa yang diajarkan oleh Nabi Isa a.s., Nabi Musa a.s. dan juga telah diajarkan oleh Nabi Mohammad s.a.w. berkenaan kasih sayang sesama makhluk, tindakan yang adil, toleransi, dan menyelesaikan masaalah keganasan dengan melihat apa puncanya, siapa mereka, dimana mereka, dan bila mereka bertindak, dan kenapa mereka melakukan itu semua.

Menyelesaikan masaalah ummat manusia bukanlah mudah, apa lagi masaalah keganasan. Pengganas berada dimana-mana negara, akan tetapi perjuangan membela kebenaran dan keadilan tidak boleh disamakan dengan keganasan. Perjuangan membela kebenaran dan keadilan seperti membebaskan manusia dari penindasan dan kezaliman itu adalah perjuangan yang mulia. Perjuangan seperti ini telah dilakukan oleh ramai para pejuang kemerdekaan dimana-mana negara, baik di timur ataupun dibarat.

Disamping itu pengganas yang sebenarnya juga sudah ada sejak zaman Nabi Adam, dimana anak Nabi Adam yang bernama Qabil telah membunuh saudaranya Habil disebabkan rasa dengki dan mengikut hawa nafsu. Sejarah Islam telah menunjukkan kepada kita, dimana tiga orang Khalifah (wakil Nabi s.a.w.) seperti saidina Omar r.a., saidina Osman r.a, dan Imam Ali bin Abi Thalib k.w. telah dibunuh oleh pengganas. Demikian pula ramai keturunan Rasulallah s.a.w. seperti cucunda Nabi Saidina Hasan, dibunuh dengan racun, saidina Husein dibunuh dengan kejamnya oleh para pengganas yang gila kuasa.

Oleh karena itu dalam kita membasmi pengganas, perlulah kita melihat jenis pengganas itu terlebih dahulu, setelah itu kita perlu bergerak secara bersepadu. Bertindaklah secara adil dan bijaksana, Insya Allah pengganas yang sebenarnya akan kita temui dan hadapi mereka itu secara bersama, dengan demikian pengganas kalaupun tak dapat dilenyapkan sama sekali, sekurang-kurangnya kita dapat menguranginya, Insya Allah.

Pengganas itu berada dimana-mana terutama sikap ganas yang berada dalam jiwa kita sepatutnya dibasmi terlebih dahulu sebelumnya kita membasmi pengganas yang berada diluar diri kita. Nabi s.a.w. telah mengingatkan ummat Islam bahwa perjuangan melawan hawa nafsu jahat yang berada dalam diri kita adalah suatu jihat akbar, oleh marilah kita bersihkan hati kita dari hawa nafsu ganas telah lama bersarang, dan hiasilah diri kita masing – masing dengan kasih sayang, pemaaf, berlaku adil kepada siapa saja, Insya Allah keganasan akan dapat dikurangi, dan manusia berada dalam keadaan aman damai dan sejahtera serta dalam keredhaan Ilahi.