|| Laman Utama || Asas Syariat Islam || Tulisan Ustaz || Belajar Bahasa Al-Quran || Artikel Pilihan || Audio || Sumbangan ||


ISLAM MENGAKUI KEBEBASAN BERAGAMA

Ustaz Sayed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com


Sungguhpun menjadi kewajiban bagi ummat Islam menyeru manusia ke jalan Allah, jalan yang benar, ummat Islam dilarang memaksa orang lain memeluk Islam, Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama Islam (yakni untuk memeluknya), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kekufuran)……(al-Quran s. al-Baqarah: 256)

Allah s.w.t. menyeru ummat manusia yang berbilang kaum dan agama supaya saling berkenal-kenalan satu dengan lainnya, Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai Ummat manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain.) Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu (bukan karena keturunan ataupun bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan Maha mendalam PengetahuanNya.” (al-Quran s.al Hujurat : 13