|| Laman Utama || Asas Syariat Islam || Tulisan Ustaz || Belajar Bahasa Al-Quran || Artikel Pilihan || Audio || Sumbangan ||


KEMERDEKAAN PERLU DIPERJUANGKAN

Ustaz Sayed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com


KEMERDEKAAN PERLU DIJAGA


Banyak negara di dunia ini yang telah mencapai kemerdekaan mereka. Kemerdekaan itu diperoleh bukanlah mudah, kebanyakannya telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda .Miskipun demikian masih ada juga negara yang belum merdeka, dan sedang berjuang dengan gagah berani untuk membebaskan tanah air mereka daripada penguasaan penjajah.

Di zaman Global ini masih wujud penjajah bentuk baru, yang ingin menjajah banyak negara, dan berusaha keras supaya negara yang telah dikuasainya itu bertekuk lutut kepada penjajah tersebut. Kononnya Negara yang dituju itu memiliki senjata pemusnah. Ternyata kemudiannya apa yang dituduhkan itu tidak benar, sedangkan korban jiwa dan harta benda tak terkira banyaknya. Betapa banyak korban nyawa dan harta benda, semua itu tidak penting bagi si penjajah, yang penting bagi mereka ialah dapat menguasai sumber kekayaan yang wujud disitu, dan negara tersebut menjadi negara boneka untuk kepentingan mereka.

Akibatnya ramai Rakyat yang tidak berpuas hati terhadap tindakan zalim yang telah dilakukan penjajah yang tidak berperikemanusiaan yang telah melakukan banyak kekejaman dan penghinaan, setiap hari pembunuhan tidak pernah berhenti, dan yang menjadi korban kebanyakannya adalah orang awam.

Dapat disaksikan bukan sedikit nyawa dan harta benda yang musnah. Kezaliman menjadi-jadi, manusia diperlakukan sebagai haiwan, ramai yang dibunuh, dianiaya, ditangkap dan berbagai yang kita dengar dan menyaksikan sendiri melalui alat media. Hingga kini negara yang diserang itu, masih tetap dalam keadaan haru biru, keamanan dan kedamaian jauh panggang dari api.

Kini kita dengar pula pencerobohan baru terhadap negara yang merdeka seperti Lebanon. Dengan alasan untuk membasmi pengganas mereka telah menceroboh sebuah negara yang merdeka, kebanyakan yang menjadi korban adalah orang awam. Ramai anak kecil, kaum wanita, kanak-kanak, orang tua yang telah terbunuh dan ramai pula yang cacat dan menderita seumur hidup. Belum lagi dihitong kemusnahan terhadap bangunan kerajaan dan rumah ibadah, banyak rumah penduduk yang dihancurkan, sehingga untuk membangun kembali berapa banyak wang yang diperlukan, akibat hawa nafsu jahat pengganas yang tidak punya perikemanusiaan.

Islam mengutamakan keamanan dan kedamaian, akan tetapi bila musuh telah menceroboh dan berlaku zalim, maka Allah s.w.t. mengizinkan kita membela diri kita. Sesuai dengan firmannya yang bermaksud:

Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Mahakuasa menolong mereka itu; (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampong halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah.” Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadah orang Yahudi, dan masjid-masjid, yang didalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong (agamanya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Qur’an, al-Hajj:39-40).

Perhatikan firman Allah dalam Surah Annisa: 75

Mengapa kamu tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, maupun anak-anak yang semuanya berdoa: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisiMu dan berilah kami penolong dari sisiMu.”
Perhatikan juga firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 193

Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada lagi fitnah (sehingga) agama itu untuk Allah belaka. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu) maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang zalim.”


Firman Allah ini adalahuntuk mengingatkan ummat Islam dan semua yang cintakan keadilan dan kebenaran dimana saja mereka berada supaya jangan berdiam diri dan berpangku tangan dan membiarkan para pengganas berbuat sesuka hati mereka, meskipun demikianperjuangan itu barulah berjaya apabila, semua mereka yang cintakan perdamaian dan keaamanan menyusun barisan dengan teratur rapi seakan-akan mereka sebagai satu bangunanyang saling kuat menguatkan.

Allah berfirman yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam satu barisan yang teratur rapi seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh dan saling menguatkan antara satu dengan lain (Qur’an, al saff:4)


Alhamdulillah suara keadilan dan kebenaran telah mulai wujud sehingga ramai masyarakat awam di banyak Negara termasuk di Negara pengganas itu sendiri yang telah mulai sadar akibat perbuatan durjana yang dilakukan oleh pengganas antara bangsa, sehingga dimana mana saja kita dapat saksikan dimonstrasi perotes atas manusia kejam yang tak berperikemanusiaan, yang sampai hati membunuh anak-anak kecil, kaum wanita, orang-tua, dan mereka yang lemah dan tak bermaya. Mudah-mudahan suara mereka akan didengar oleh mereka yang mampu menyelesaikan masaalah Ummat sejagat, yang jika dibiarkan berlanjutan akan timbul suatu mala petaka yang amat dahsyat yang memusnahkan seluruh dunia, apalagi jika ada orang gila kuasa dan tamak harta dunia menggunakan bom nukler, apa akan jadinya dunia ini, semua kita dapat membayangkannya.

SIAPA PENGGANAS?


Penindasan dan ketidak adilan telah mendorong berlaku keganasan dibanyak tempat di dunia ini, tetapi anehnya semuanya tidak diperhatikan. Mereka hanya tahu menyalahkan orang lain. Siapa saja yang mengingatkan mereka supaya bertindak adil dan mencari punca masaalah, orang itu pula dituduh pengganas atau berpihak kepada pengganas.

Ramai orang tidak berani bersuara karena takut dituduh pelampau agama ataupun pengganas, padahal sebenarnya mereka ini orang yang inginkan keamanan dan kedamaian. Seumpama seorang doctor yang mengingatkan pesakitnya tentang pantang larang yang perlu dipatuhi, akan tetapi pesakit itu merasa dirinya saja yang benar, semua nasihat doktor yang merawatnya tidak dipedulikan, akibatnya sakit yang dideritainya itu bertambah parah dan boleh membawa maut.

Atau boleh juga kita umpamakan kepada alat tanda kecemasan yang dipasang dimana-mana tempat penting untuk mengingatkan manusia supaya berhati-hati dan mencari punca masaalah dan jika perlu hentikan sebentar kenderaannya, atau menjauhkan diri dari tempat-tempat berbahaya yang telah diberi tanda peringatan, boleh jadi ada sesuatu yang perlu dibuat untuk menormalkan kembali keadaan. Setelah segala kekurangan itu diperbetulkan, bolehlah dilanjutkan perjalanan ataupun pekerjaan, Insya Allah dengan cara demikian, kita akan terselamat dari mara bahaya yang mungkin boleh menyebabkan kecerderaan ataupun kematian.

UMMAT ISLAM DIJADIKAN MANGSA


Apabila sebuah bangunan Kerajaan di Bandar Oklahoma telah di bom maka serta merta tanpa kaji selidik, tanpa bukti, mereka menuduh peristiwa tersebut angkara “Pengganas Islam” atau “Muslim terrorism”. Akan tetapi setelah penyiasatan dijalankan dengan teliti, ternyata angkara tersebut dilakukan oleh “pengganas yang beragama Kristian”. Anehnya pengganas itu tidak dilabelkan sebagai “Pengganas Kristien” atau “Christian terrorism.”

Demikian pula pembunuhan secara besar-besaran yang telah mengorbankan ratusan ribu Ummat Islam di Bosnia-Herzegovina yang telah dilakukan oleh orang Kristian Serbia, anehnya apa yang telah dilakulkan oleh pengganas Kristian Serbia itu tidak pula disebut sebagai Teroris Kristien (Christien terrorism)

Bila Israel menceroboh Palastin membunuh ramai orang awam yang beragama Islam dan Kristien, merampas rumah-rumah mereka, mencabul dan meroboh rumah-rumah ibadah terutama masjid-masjid, merusak tanaman penduduk asli, memperkosa wanita, menghina ummat Islam dan membakar masjid suci ketiga Ummat Islam (Masjidil Aqsa), hingga kini pencerobohan terus saja berlaku, mereka menculik, menangkap membunuh, tokoh-tokoh dan alim ulama Islam, dan banyak lagi keganasan yang telah dilakukan oleh Zionis Israel, tapi anehnya kita tak pernah dengar semua pengganas ini dilabelkan sebagai Pengganas Yahudi (Jew Terrorism).

Kemana perginya keadilan yang diagong-agongkan mereka?
Oleh itu itu untuk membasmi pengganas dan mencipta keamanan dan kedamaian maka perlulah kajian dibuat mengapa keganasan terus saja meningkat, bila kajian telah dibuat Insya Allah pengganas yang sebenarnya akan kita temui dan hadapi pengganas yang sebenarnya secara bersama, Insya Allah dunia ini akan aman dan damai.