|| Laman Utama || Asas Syariat Islam || Tulisan Ustaz || Belajar Bahasa Al-Quran || Artikel Pilihan || Audio || Sumbangan ||


MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

Ustaz Sayed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com


Hijrah mengandung Hikmah yang besar sekali kepada perkembangan Islam yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w. Hijrahnya Nabi s .a.w. ke Yathrib (Madinah) telah berjaya menyatupadukan segenap kekuatan yang ada. Rasulallah s.a.w. telah berjaya mendamaikan antara kaum Aus dan Khazraj yang sebelumnya saling bermusuhan beratus tahun lamanya.

Nabi s.a.w.telah berjaya menyatupadukan kekuatan ummat Islam antara Muhajirin dan Ansaar dengan cara mempersaudarakan antara mareka satu dengan lainnya. Hijrah juga telah berjaya menyatupadukan semua kekuatan yang ada diantara kaum dan agama di Madinah. Nabi s.a.w. telah berjaya melahirkan Piagam Madinah dimana semua kaum dan Agama dibawah pimpinan Nabi s.a.w. berjajanji bekerjasama mempertahankan Negara Madinah dari serangan musuh. Semua kaum dan agama bebas melaksanakan ajaran agama masing-masing.

Setelah itu Islam terus berkembang luas ke Makkah tempat kelahiran nya, dan kemudian meluas keseluruh tanah Arab dan keseluruh dunia. Dakwah akan mencapai kejayaan dan Islam akan diterima dengan baik asalkan kita dapat membuktikan bahwa mereka yang beragama Islam adalah Ummat yang dapat dijadikan contoh teladan ya ng baik dalam segala hal.

Allah berfirman yang maksudnya:
"Kamulah sebaik-baik Ummat, dilahirkan bagi manusia, menyuruh yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta beriman kepada Allah." (al-Quranul karim)

Tugas Dakwah adalah tugas seluruh Ummat Islam, mengikut kemammpuan masing-masing. Mereka yang mempunyai Ilmu sampaikanlah Ilmu itu. Mereka yang mempunyai harta, sumbangkalah sebahagian harta kita itu untuk Islam, demikian pula mereka yang memiliki tenaga sumbangkanlah tenaga kita untuk Syiar Islam.

Hijrah telah menunjukkan bahwa berkat kerjasama dan pengorbanan yang diberikan oleh ummat Islam ketika itu, maka segala kesulitan telah dapat diatasi bersama, dan ummat Islam menjadi Ummat yang terbilang.

Segala peristiwa penting dalam peristiwa Hijrah itu, dapat kita jadikan contoh teladan dalam memperbaiki keadaan ummat Islam dimasa kini dan akan datang, sehingga kita menjadi Ummat Contoh bagi seluruh Ummat manusia dimasa yang akan datang, Insya Allah. Untuk itu perlulah ada kerjasama dari semua pihak, dan kerja keras yang berterusan, hingga menjadi kenyataan.