|| Laman Utama || Asas Syariat Islam || Tulisan Ustaz || Belajar Bahasa Al-Quran || Artikel Pilihan || Audio || Sumbangan ||


BERHATI-HATI TERHADAP IMPERIALISME DAN KOLONIALISME

Ustaz Sayed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com


Jika kita mahu memperhatikan dan mengkaji keadaan dunia sekarang ini, maka kita akan dapati usaha gigih dari kaum Imperialisme dan Kolonialisme, atau lebih jelas lagi Kuasa Penjajahan dan Kuasa asing sedang menguasai dunia Islam. Berbagai usaha dan kegiatan mereka lakukan untuk menguasai dan menghancurkan kekuatan Ummat Islam, dengan cara licik dan keji. Lihat sahaja apa yang terjadi terhadap Ummat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan, dan negara-negara Ummat Islam lainnya.

Mereka tidak ingin melihat adanya sebuah Negara Islam yang sanggup mengatasi mereka. Berbagai usaha keji mereka lakukan untuk
menghancurkan dan melemahkan kuasa negara Ummat Islam tersebut, dengan berbagai tuduhan palsu, seperti apa yang mereka tuduhkan terhadap Iraq ketika berada dalam kuasa Saddam Husein, kononnya Iraq memiliki kuasa nukler yang hingga kini, ternyata hanya tuduhan palsu belaka. Mereka telah berjaya memporakperandakan Iraq, Afghanistan, Libya dan lain-lainnya. Adakah Negara-negara Ummat Islam yang telah mereka hancur leburkan itu bertambah aman? Kenyataannya sebaliknya berlaku, setiap hari kita membaca berita ratusan ribu ummat Islam menjadi korban, setiap hari kita dapat saksikan ramai ummat Islam yang mereka bunuh, berapa ramai anak-anak kecil, kaum wanita dan orang tua yang telah menjadi mangsa kejahatan kaum Penjajah Barat, baik di Iraq,
Afghanistan, Libya dan lainnya.

Kini mereka sedang berusaha pula ingin menghancur leburkan negara-negara Ummat Islam lainnya, mereka kini telah berjaya membuat tuduhan palsu, seolah olah apa yang mereka tuduhkan itu adalah benar, seperti apa yang mereka tuduhkan terhadap Syria kini. Mereka telah berjaya menggerakkan negara-negara ummat Islam untuk menyokong usaha jahat mereka.Mereka ingin menggunakan kekerasan untuk menyerang, yang hasilnya nanti lebih ramai jatuh korban budak kecil, kaum wanita dan orang tua, sebagaimana apa yang telah terjadi terhadap serangan Nato di Libya, Iraq Afghanistan dan lain-lainnya.

Disamping usaha keji kaum Penjajah Asing, kesalahan yang terbesar adalah teletak kepada negara-negara ummat Islam yang membiarkan diri mereka dikuasai oleh Imperialialis asing dan Kolonialis Barat, dan mereka melupakan segala ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, yang senantiasa menyeru supaya ummat Islam tidak menjadikan musuh Islam menjadi teman mereka. Negara-negara Islam kini, kebanyakannya menjadi budak permainan kaum Penjajah dan Kuasa Asing Barat'

Oleh itu kita menyeru kepada seluruh negara ummat Islam, supaya menjadikan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi SAW menjadi panduan mereka, sebagaimana Rasulallah SAW telah berjaya menyatukan kekuatan seluruh Ummat Islam di Madinan yang telah berjaya menjadi Pemimpin Ummat dan berjaya menjadi Pemimpin Dunia. Akhirnya marilah kita sama berdoa semoga Allah SWT meberikan Hidayah dan kekuatan kepada kita semua untuk sama-melaksanakan ajaran Islam yang berpandukan al-Quran dan
Sunnah Nabi SAW, amin Ya Rabbal alamin.