|| Laman Utama || Asas Syariat Islam || Tulisan Ustaz || Belajar Bahasa Al-Quran || Artikel Pilihan || Audio || Sumbangan ||


UMAT ISLAM PERLU BERSATU

Ustaz Sayed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com


Memperhatikan keadaan Dunia Islam pada ketika ini amat menyedihkan, mereka bukan sahaja dizalimi oleh musuh Islam, malah juga oleh sesama ummat Islam sendiri. Lihat sahaja apa yang telah terjadi di Mesir, Syria, Lebanon, Iraq, Libya, dan lain-lainnya.

Campur tangan asing terutama campur tangan kaum Imperialis, nyata dapat kita saksikan seperti apa yang telah dialami saudara kita di Mesir, di Syria, Iraq dan lain-lain negara ummat Islam. Kaum Imperialis tidak ingin melihat ada negara Islam yang dapat menyaingi
mereka, oleh itu mereka berusaha keras mengacau bilaukan negara tersebut, meskipun kepala negaranya telah terpilih secara demokrasi. Meskipun apa yang mereka lakukan itu bertentangan dengan apa yang mereka katakan, bahwa mereka adalah pejuang demokrasi. Dimana-mana negara Islam yang diceroboh oleh Negara Imperialis, keadaan negara tersebut hingga kini dalam
keadaan tidak aman, pembunuhan tak habis-habisnya terjadi.

Oleh itu seluruh ummat Islam perlu bersatu padu menolak segala campur tangan kaum Imperialis di negara mereka, dan ingatlah ummat Islam di zaman kegemilangannya telah berjuang dengan gigihnya dibawah pimpinan Nabi SAW. Rasulallah SAW telah berjaya menyatupadukan antara ummat Islam Muhajirin yang datang dari Makkah dengan ummat Islam yang berada di Madinah yang terkenal dengan gelaran kaum Ansar. Rasulallah SAW juga telah berjaya mendamaikan antara Aus dan Khazrat yang sebelumnya
berada dalam permusuhan ratusan tahun lamanya. Dibawah pimpinan Nabi SAW telah berjaya menyatukan berbagai suku kaum dan agama dengan terciptanya Piagam Madinah.

Kita berdoa kehazirat Ilahi semoga ummat Islam kembali kepada bimbingan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW sehingga mereka bersatu kembali dalam menegakkan Negara Islam yang adil dan makmur dalam keampunan Allah SWT, amin ya Rabbal alamin.